I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 2, 2011

Bot Kukus

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...

Hari ni masih nak cite lagi kenangan bulan April, maklumlah sibuk sangat bulan lepas tak sempat nak update ape2, cuti hari pekerja ni la yang free, walaupon aku tak keje lagi, hanye sebagai pekerja kiosk je. Entry kali ni nak cite pasal Steamboat. Steamboat adelah sejenis makanan yang dimasak di dalam kuah pelbagai perasa seperti kuah ayam, kuah tomyam dan ape2 je mengikut citarasa korang dan mempunyai pelbagai bebola daging seperti ayam, udang, sotong, ketam, cendawan dan mcm2 lagi la.

Kenangan makan steambot mmg banyak. Paling aku takleh lupe mase makan 2 jenis steambot (satu kuah ayam, satu lagi kuah tomyam)...makan plak tu ramai2 pukul 3 pagi di Dewan Kenyalang bersama2 Group Zafest 2010. Mmg sedap makan time tu, tambahan plak semua dah lapar setelah penat berlatih (diorang je la yang penat, aku tukang bersuara je).

Tetiba steambot ni menjadi perkara yang perlu ade plak setiap kali persembahan mahupun pertandingan kebudayaan. Seterusnya aku telah dilantik menjadi chef plak untuk memasak steambot, first time siyot tak penah buat lg. Kali ni aku masak untuk Group Putihstar yg ditubuhkan sempena persembahan MASP2011. Sorang kena bayar RM10, petang tu beli la semua barang2 yang patut dengan tidak meninggalkan satu sen pon baki.
 
Pada malamnya aku pon stat la masak menggunakan satu periuk multicooker dan satu periuk nasi. Percubaan pertama agak kurang berjaya, kuah sampai melimpah2 dan makanan banyak gak yang tak habis. Makanya terpakse la memanggil orang lain, bukan ahli Putihstar untuk menghabeskan. Itupon tak habes gak, terpakse la aku buat untuk sarapan pagi keesokan harinya.

Seterusnya aku diminta untuk menjadi chef skali lagi untuk Group Festari 2011 plak. Oleh sebab ni kali kedua makanya aku dah bleh bajet bape banyak yang kena beli, makanya aku hanye mintak RM7 seorang. Masak-memasak ni berlaku pada 9 April 2011, 5 hari selepas diumumkan keputusan Rampaian Asli. Walaupon kami takde rezeki menang ape2, yang penting malam tu semua orang enjoy makan (enjoy ke?). Malam tersebut adelah malam terakhir kitorang berkumpul bersama2...teringat lagi bile kami kena maki dgn foreigner sbb menjerit tgh2 malam tengok nenek terbang...haha...mmm, rindu korang semua...

Beberapa minggu lepas tu plak aku dijemput menjadi chef lagi untuk memasak steambot untuk budak blok Rajaudang plak, sempena seorang sahabat nak menjamu bebudak blok makan. Kali ni takde la nak mintak bayaran dari setiap orang sbb sahabat aku ni nak blanje, tp die tak dapat makan plak malam tu sebab tetiba die saket perut. Mmm...seronok bile kite jamu orang makan sebenarnye, gembira bile tengok orang makan dan kenyang...pastu plak diorang ucap terima kasih, lagi la rase seronok.

Tu je la kenangan masak steambot. Kepada sesape yang nak suh aku masak bleh je, tp make sure ramai la nak makan, jangan ko sorang je nak melantak. Tapi diingatkan masakan aku bukan la mcm MAEPS ataupon restoran2 yang hebat, maka jangan la korang nak compare plak. Sesuai la dengan harga yang korang bayar, mcm tu gak la banyaknye dan rasenye. Tapi ade orang penah cakap masakan aku lebih sedap dari MAEPS (perasan bagus). Hubungi aku la yer...

Dari Aisyah r.ha. berkata, "Rasulullah s.a.w. selama hidupnya tidak pernah makan kenyang dengan tepung (roti) jagung dalam dua hari berturut-turut hingga beliau wafat." (H.R. Tirmidzi)
 
Sebuah hadis menyatakan (dipetik dari Kitab Fadhilah Sedekah), bahawa barangsiapa kekurangan makan dan minum di dunia ini, maka Allah s.w.t. akan membanggakannya di hadapan para malaikat dengan berfirman, "Lihatlah! Aku memberinya kekurangan makanan dan minuman, tetapi ia bersabar. Bersaksilah kamu bahawa Aku akan meninggikan derajatnya di syurga, sesuai dengan setiap suapan yang ia kurangi. "
 
Sesungguhnya yang baik tu datangnya dari ALLAH s.w.t. dan yang buruk tu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...

2 comments:

  1. oho....kira ak sesat r dpt steambot mlm tu...ko lak masak..not bad..tq chegon...
    tapi akan lg sedap klu letak cili n carrot...nnt carrot tu akan jadi manis..sedap~~hehe

    ReplyDelete
  2. huhu...aku masak je, ade hamba Allah yang blanje..
    ucap time kasih pade die...
    takut kalo letak cili dan carrot bebudak laki ni tak mkn plak...tp takpe la
    time kasih atas cadangan
    kalo nak mkn lg bleh je...tak perlu bayar lebih utk ke MAEPS...hehe

    ReplyDelete