Berenang-renang di muara
Hati-hati dilambung ombak
Dah berzaman asyik bercinta
Ntah kan jadi entah kan tidak
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Sebenarnye ade lg kenangan dalam bulan April tp tak sempat nak tulis. Makanya walaupon hari ni dah masuk bulan Mei, aku tetap akan cite gak pasal ape2 kenangan yang dah berlaku bulan lepas. Daripada lirik lagu kat atas mesti korang bleh agak ape aku nak cite utk entry kali ni. Kalo korang pikir aku nak cite pasal bercinta, yang tu tak tepat. Sebenarnye yang aku nak cite adelah pasal berenang, tp bukan kt muara tp kt kolam renang UPM.
Selama 6 tahun aku kat UPM ni, baru first time aku mencecahkan kaki aku ke dalam air kolam renang UPM. Nak dimulakan cite, dah lame dah aku nak mandi kt kolam ni, sejak aku beli seluar tight bulan Januari lg, tapi tak berkesempatan nak pg, ye la takde orang nak teman. Time diorang free aku tak free, time aku free diorang tak free plak, mmm...sape la aku (perasan tacink).
Setelah ajakan ditolak beberapa kali, dan aku menunggu dgn penuh sabar selama 3 bulan, akhirnya pada 5 April 2011 aku dpt jugak mandi seperti yang aku impikan bersama beberapa orang rakan. Walaupon pada malam sebelumnya dan pagi hari tersebut aku demam, tp aku kuatkan semangat utk mencapai impian aku. Ye la bile lagi nak dapat mandi, nak tunggu ade orang free bleh teman aku, tak dapat la...makanya demam-demam pon aku tahan gak.
Bile dah masuk dalam kolam baru tau ade kedalaman yang berbeza, kalo tak penah masuk taktau pon. Dengan selsema, batuk2 dan badan masih suam2 panas aku pon berenang2 anak la kesana kemari. Sesak nafas gak la dengan hidung tesumbat pastu batuk2 plak, tp rase seronok gler walaupon tercungap2 dan tak tau berenang, ye la korang pon bleh bayangkan kalo korang dapat ape yang korang impikan selama ni, mesti korang rase seronok giler kan.
Aku bukan saje2 je suke2 nak blaja berenang. Sebenarnye berenang adelah salah satu sukan yang Rasulullah s.a.w. suruh kita belajar, selain kena blaja memanah dan menunggang kuda. Ape yang Nabi suruh buat itu lah yang patut kite buat. Kenapa Rasulullah s.a.w. menyuruh kite belajar berenang, memanah dan menunggang kuda?
Ini cuma pendapat dan pandangkan aku sebagai hamba yg hina sahaja, tidak semestinya semua nya adalah benar, diulang skali lagi aku bukan ustaz mahupon imam muda, sila dapatkan fakta yang lebih tepat dari orang yang lebih berilmu, sesungguhnya Allah dan Rasulullah s.a.w lebih mengetahui apa yg kita tidak ketahui.
2) Memanah
Semakin hari minyak di dunia akan semakin berkurangan dan bakal habis. Ketika itu juga mesin2 yang digunakan untuk membuat senjata tidak dapat berfungsi lg sebab ketiadaan bahan api utk menjana kuasa menggerakkan mesin. Makanya senjata seperti pistol, senapang, M16 tidak lg dapat dibuat. Di akhir zaman juga akan terjadi peperangan besar antara Islam dan orang kafir, tetapi apakah senjata yang digunakan kalo pistol dan senapang tak dapat digunakan? Makanya alternatif lain adelah kembali berperang seperti zaman Rasulullah s.a.w. menggunakan pedang, tombak dan panah. Kerana itulah Rasulullah s.a.w. menggalakkan kite untuk belajar memanah. Wallahualam..
Seperti yang disebutkan diatas, minyak semakin berkurangan dan bakal habis. Ini bermakna kenderaan juga tidak dapat digunakan kerana kebanyakan kenderaan menggunakan minyak sebagai bahan api. Alternatif lain adelah menunggang haiwan seperti unta, kuda, lembu dan sebagainya. Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menyuruh kita untuk belajar menunggang kuda untuk kemudahan kita di ambang kiamat nanti. Wallahualam~
Kesimpulannya, kite hendaklah belajar menunggang kuda, berenang, memanah dan seni mempertahankan diri sebagai persediaan menghadapi ape2 juga cabaran dan rintangan yang kita tak mungkin terduga pada masa akan datang. Jangan lupa untuk mengajar bakal anak2 kita juga. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...
p/s: lepas berenang terus demam semula, ditambah plak dengan sengal2 di bahagian peha...takde orang nak urut aku...huhu
No comments:
Post a Comment