I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 11, 2010

The Beginning of the End (Part 2) ~ Tanda2 Besar Peristiwa Menjelang Kiamat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, dpt jgk aku menyambung spt yg telah dijanjikan Bahagian Ke-2. Seblom ni aku telah cite ape yg berlaku di Padang Mahsyar iaitu telah berlakunya kiamat, dan skrang ni aku nk cite plak ape yg berlaku sblom terjadinya kiamat kt dunia ni. Rujukan telah dibuat dr buku "Tanda2 Besar Peristiwa Menjelang Kiamat" karangan Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil MA. InsyaAllah, segala ilmu yg bermanfaat dpt la kite kongsi bersama nanti...

Imam Muslim meriwayatkn dr Hudzaifah bin Usaid Al-Ghiffari r.a., ia berkata: "Rasulullah s.a.w. pernah muncul di hadapan kami ketika kami sedang bebncg." Lalu baginda bertanya: "Apakah yg sdg kamu bncgkn?" Para sahabat menjwb: "Kami sdg membncgkn As-Sa'ah (hari kiamat)." Baginda bersabda: "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan dtg sehingga kamu melihat 10 ayat (tanda) sebelumnya. Kemudian baginda menyebut asap, Dajjal, binatang (yg akan keluar dr perut bumi), terbitnya matahari dari barat, turunnya Isa Ibnu Maryam a.s., Yakjuj dan Makjuj, tiga gempa bumi, iaitu di timur, barat dan di Jazirah Arab dan yg terakhir ialah keluarnya api dr Yaman yg mengiring manusia ke tmpt berkumpul mereka." (H.R. Imam Muslim)

Apabila muncul tanda kiamat besar yg pertama, maka tanda2 yg lain akan mengikut secara berurutan spt rangkaian mutiara yg dirangkai dgn tali. Peristiwa2 berikut mungkin bukan mengikut turutan tetapi semua peristiwa ini bakal berlaku spt hadis2 yg telah diberikan.

1. Al-Mahdi (Muhammad bin Abdullah)
Pada akhir zaman akan muncul dari kawasan timur, seorg lelaki dr keturunan Rasulullah s.a.w. dan dia berkuasa selama 7 tahun. Pd waktu itu beliau memenuhi bumi dgn keadilan setelah dipenuhi kekejaman dan kezaliman. Umat manusia merasakan nikmat yg belum pernah dirasakan sebelumnya, bumi mengeluarkan tumbuh2an, langit menurunkan ujan dan memberi penghasilan yg xterhitung byknya.

Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda ertinya: "Al-Mahdi itu dr keturunanku, lebar dahinya dan mancung hidungnya. Ia memenuhi bumi dgn kejujuran dan keadilan sebgimana sebelumnya bumi dipenuhi dgn kezaliman dan penganiayaan. Ia berkuasa selama 7 tahun."


2. Al-Masih Ad-Dajjal
Dajjal akan keluar dari arah timur, dari Khurasan, kampung Yahudiyyah kota Ashbahan bersama 70 000 org Ashbahan. Kemudian mengembara ke seluruh penjuru bumi, maka xde satu negeri xdimasukinya kecuali Mekah dan Madinah, kerana kedua kota suci ini selalu dijaga oleh malaikat. Dia memiliki sumber2 air dan gunung2 roti.

Dia adalah seorg muda berkulit merah, pendek, berambut kerinting, dahinya lebar, bahunya lebar, mandul (tak mempunyai anak), mata sebelah kanannya buta dan mata sebelah kiri ditumbuhi daging yg tebal disudutnya,. Diantara kedua matanya tertulis huruf kaf, fa', ra' secara terpisah, atau tulisan "kafir" secara bersambung, yg dpt dibaca oleh setiap muslim yg pandai menulis atau buta huruf.

Sahabat pernah bertanya kpd Rasulullah s.a.w. mengenai Dajjal, "Wahai Rasulullah, bape lamakah ia tinggal di bumi?" Beliau menjwb, selama 40 hari, sehari spt setahun, yg sehari lg spt sebulan, dan yg sehari lg spt sejumaat dan hari2 lainnya spt hari2mu. Mereka bertanya, "Bagaimana kecepatannya di bumi?" baginda menjwb,"Spt ujan ditiup angin kencang. Lalu ia mendtgi suatu kaum dan mengajak kaum itu, kemudian mereka mempercayainya dan memenuhi seruannya. Lalu ia memerintahkn langit utk menurunkan ujan, maka langit pun menurunkn ujan dan memerintahkn bumi utk menumbuhkn tumbuh2an dan bumi pun menumbuhkn tumbuh2an dengan byk hingga binatang2 ternak menjadi gemuk2 dan berlemak.

Dari Hudzaifah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda ertinya: "Sesungguhnya aku lebih mengetahui apa yg menyertai Dajjal. Ia akan bersama dua buah sungai yg mengalir, yg satu kelihatan mengalirkn air dan satunya lg mengalirkn api yg menyala2, maka hendaklah ia mendtgi sungai yg kelihatan berisi api itu, dan hendaklah ia pejamkn matanya, kerana yg nmpk api itu adalah air yg dingin." (H.R. Imam Muslim)


Fitnah Dajjal merupakan fitnah paling besar di antara fitnah2 yg ada semenjak Allah menciptakan Adam hingga dtgnya hari kiamat. Hal ini disebabkn Allah memberikn hal2 luar biasa padanya yg memukau dan membingungkan akal fikiran. Semoga kite tergolong dlm org2 yg beriman yg dpt melawan segala fitnah (pembohongan) yg bakal dilakukan oleh Dajjal Al-Masih. Nabi s.aw. tlh memberi petunjuk dan bmbngn kpd umatnya dgn sesuatu yg dpt melindungi dr fitnah Dajjal antaranya:
1. berpegang teguh dgn Islam dan bersenjatakan iman dan mengenal sifat2 Allah yg baik yg xbersekutu dgn seorg pun, sehingga dia mengerti Dajjal adalah manusia biasa yg mempunyai kecacatan, sdgkn Allah Maha Sempurna sifatnya.
2. memohon perlindungan Allah dr fitnah Dajjal, khususnya pd waktu solat.
3. Nabi s.a.w. menyuruh membaca bbrp ayat permulaan surah Al-Kahfi utk menangkap fitnah Dajjal, dan bbrp riwayat disebutkn ayat2 terakhir surah tersebut (10 ayat awal dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi)
4. apabila Dajjal tlh muncul, maka setiap muslimin harus lari menjauhinya, sbb dia disertai pelbagai kesamaran dan kejadian2 luar biasa yg ditakuti mampu menggugat keimanan kita. Yg lebih utama ialah menetap di Mekah atau Madinah kerana Dajjal xakan memasuki kedua tanah haram ini.


3. Turunnya Isa a.s.
Ciri2 beliau menurut bbrp riwayat ialah bertubuh sedang, xtinggi dan xpendek, berkulit merah dan berbulu, dadanya bidang, rambutnya lurus spt org baru keluar dari permandian dan rambutnya smpi bwh hujung telinga yg disisir rapi dan memenuhi kedua bahunya.

Binasanya Dajjal adalah ditgn Nabi Isa a.s. sbgmana disebutkn dlm byk hadis sahih. Hal ini disebabkn Dajjal bermaharajalela ke seluruh permukaan bumi (kecuali Mekah dan Madinah), ramai skali pengikutnya dan hanya sikit saje org2 yg beriman. Pd saat itu turunlah Nabi Isa a.s. di menara putih Syarqiyyah di timur Damsyiq, lalu hamba2 Allah yg beriman berkumpul disekelilingnya, lantas Isa berjln bersama mereka menuju Dajjal.

Ketika Isa turun Dajjal sdg berada di sekitar Baitul Maqdis, lalu Isa bertemu dgnnya dipintu Lod. Pd waktu Dajjal melihat Isa, dia mencair spt garam, lalu Isa berkata, "Sy akan memukulmu yg engkau xakan dpt lari dariku." Kemudian Isa mengejar dan membunuhnya dan pengikut2nya bertempiaran lari lalu dibunuh oleh org2 mukmin. Sehingga pohon2 dan batu2 berkata, "Wahai org muslim, wahai hamba Allah! Ini ada org yahudi dibelakangku! Kemarilah, bunuhlah dia!" Kecuali pohon ghargad yg xberbuat demikian, kerana dia adalah pohon org yahudi.

Masa tinggal Nabi Isa a.s. di bumi setelah turun dr langit menurut riwayat adalah selama 7 tahun dan sebhgn riwayat mengatakan selama 40 tahun. Zaman Isa a.s. ini merupakan zaman yg penuh dgn keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran serta kelapgn. Allah menurunkan hujan yg lebat, bumi menumbuhkn tumbuh2an dan buah2an yg byk, harta melimpah ruah, dendam, dengki dan kebencian hilang.

Dari Abu Hurairah bahawa dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. ertinya: "Demi Allah, sesungguhnya Isa putera Maryam akan turun ke bumi sbg hakim yg adil, akan membebaskan jizyah, unta2 muda akan dibiarkan hingga xada yg mahu mengurusknnya lg, sifat bakhil, saling membenci dan saling mendengki akan hilang, dan org2 akan memanggil2 org lain yg mahu menerima hartanya (sedekah), ttp xada seorg pun yg mahu menerimanya." (H.R. Imam Muslim)


4. Yakjuj dan Makjuj
Di dalam hadis Nawwas bin Sam'an disebutkn bahawa Allah s.w.t. memberitahu kpd Isa a.s. akan keluarnya Yakjuj dan Makjuj yg xada seorg pon yg mampu memerangi mereka dan Allah menyuruh Isa menjauhkan kaum Muslimin dr jalan yg ditempuhi Yakjuj dan Makjuj smbil berfirman kpd Isa, "Kumpulkan hamba2Ku ke gunung."

Allah s.w.t telah memeberikn kemudahan kdp Dzul-Qarnain seorg raja yg soleh utk emmbuat dinding yg bsar utk menjadi penghalang antara Yakjuj dan Makjuj yg suka membuat kerosakan di bumi dgn manusia. Apabila tlah dtg waktu yg ditentukn dan kiamat tlah dkt, maka pecahlah dinding itu dan keluarlah Yakjuj dan Makjuj dgn kecptn dan kemampuan luar biasa yg xada sorg pon yg mampu menghalang, dan mereka membaur ke tengah2 masyarakat dan menyebarkan kerosakn di muka bumi.

Allah s.w.t. berfirman ertinya: "Mereka berkata, 'Hai Dzul-Qarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu adalah org2 yg membuat kerosakan di muka bumi, maka bolehlah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?' Dzul-Qarnain berkata, ' Apa yg telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat2), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka." (Surah Al-Kahfi: 94-95)


Dikatakan di Pergunungan Caucasus ini terbinanya tembok Dzul-Qarnain yg memisahkan Yakjuj dan Makjuj dgn manusia. Wallahualam...
Keluarnya Yakjuj dan Makjuj itu adalah setelah turunnya Isa a.s. dan beliaulah yg berdoa kpd Allah agar Dia membinasakan Yakjuj dan Makjuj, lantas Allah pun membinasakan mereka dan membuang mereka ke laut, serta mengamankn negara2 dan para hamba dari kejahatannya.

5. Gempa Bumi, Tanah Runtuh di Tiga Wilayah
Tiga gempa di tiga wilayah (timur, barat dan Jazirah Arab) yg merupakn tanda kiamat yg besar, adalah gempa yg sgt besar dan merata di byk tmpt di muka bumi ini. Terdpt hadis yg mengatakan bahawa ketiga gempa itu terjadi apabila kerosakan dan kemaksiatan tlah bermaharajalela di kalangan manusia. Meskipun sering terjadi gempa di pelbagai tmpt, namun semua itu baru petanda kiamat kecil saje.

Ibnu Hajar berkata: "Sesungguhnya telah dijumpai pelbagai gempa dan tanah runtuh di pelbagai tmpt, ttp yg dimaksudkn dgn tiga gempa itu adalah lebih besar dan lebih luas wilayahnya drp yg sudah terjadi itu."


Gempa bumi yg berlaku skrang hanyalah tanda2 kecil kiamat shj


6. Kabut (Ad-Dukhan)


Allah s.w.t. berfirman, bermaksud:  "Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata."

Ibnu Jarir Ath-Thabari meriwayatkn dari Abu Malik Al-Asy'ari r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda ertinya: "Sesungguhnya Tuhan kamu telah memperingatkn kamu akan tiga perkara, iaitu kabut yg akan menimpa org mukmin bagaikn penyakit selsema dan menimpa org kafir lantas menghembusnya hingga keluar dari setiap pendengarannya......"

7. Terbitnya Matahari dari Barat
Apabila matahari telah terbit dr barat, maka tidak diterima iman org yg belum beriman, dan tidak diterima taubat org2 yg berdosa dan derhaka (pintu taubat ditutup) sehingga datangnya hari kiamat. Terbitnya matahari dari barat itu bknlah saat terjadimya hari kiamat, ttp setelah itu masih ada aktiviti kehidupan duniawi spt jual beli dan sbginya.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ertinya: "Tidaklah akan dtg kiamat sehingga matahari terbit dr tmpt tenggelammnya (barat). Apabila matahari terbit dr barat, maka org ramai pun melihatnya, lantas mereka beriman seluruhnya. Maka itulah saat ketika iman seseorg tak lg bermanfaat bg dirinya yg belum beriman sebelum itu atau belum mengusahakn kebaikan dlm masa imannya." (H.R. Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Apabila matahari terbit dr barat, maka tertutuplah pintu taubat.

8. Keluarnya Binatang dari Perut Bumi
Apabila binatang bsr ini tlah keluar, maka ia akan memberi tanda pd org mukmin dan org kafir. Org2 mukmin akan kelihatan wajahnya menjadi cerah berseri2 sbg tanda keimanannya, sdgkn terhadap org kafir ia akan memberengus hidungnya sbg tanda kekafirannya.

Allah s.w.t. berfirman yg bermaksud: "Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yg akan mengatakan kpd mereka bhw sesungguhnya manusia tidak yakin kpd ayat2 Kami." (Surah An-Naml: 82)

9. Tanda-tanda Terakhir Hari Kiamat (Api yg mengumpulkan manusia)
Menurut bbrp riwayat bhw api tersebut akan keluar dr Yaman dr lembah 'Adn, juga keluar dr laut Hadramaut spt dlm riwayat2 yg lain. Ketika api yg besar ini muncul dr Yaman, maka ia segera menyebar ke bumi dan menghalau manusia dari timur hingga ke barat ke tmpt berkumpul. Manusia akan dikumpulkan di Syam pd akhir zaman yg merupakan ardhul-mahsyar (bumi tmpt berkumpul). Org2 yg berkumpul terdiri drp 3 kelompok:
1. Org yg penuh harapan, mereka makan, berpakaian dan berkenderaan
2. Org yg bejln kaki dan ada pula yg bersesak2 naik seekor unta disbbkn sedikit kenderaan darat waktu itu
3. Org yg dikumpulkn oleh api, iaitu mereka diiringi api dari belakang dan dr segala penjuru menuju tmpt berkumpul, dan brgsiapa yg ketinggalan maka dia akan dimkn oleh api

Dari Hudzaifah bin Usaid r.a. yg membicarakan tanda2 kiamat yg besar, antara lain disebutkan sabda Rasulullah s.a.w. ertinya, "Dan yang terakhir ialah api yg keluar dari Yaman yg mengiringi manusia ke tmpt berkumpul mereka (mahsyar mereka)."

Begitulah sedikit sebanyak apa yg mungkin berlaku menjelang hari kiamat nanti. Hari kiamat xakan terjadi kecuali telah ramai org2 yg mempunyai akhlak yg buruk dan akidah yg rendah. Kite memohon keselamatan kpd Allah s.w.t supaya diselamatkan dr azab2 yg berlaku menjelang hari kiamat tersebut. Allah jua lah yg lebih mengerti dan mengetahui segala sesuatu. Wallahualam...

Sesungguhnya yang baik dan benar itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu juga dari-Nya tetapi telah disandarkan atas kelemahan diri sy sendiri. Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment