I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 6, 2010

Jadi Lebih Baik (JLB) ~Hijrah 1432~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Aku baru je pulang dari Masjid Jamek Jabatan Pertanian atau lebih dikenali Masjid MARDI. Setelah mendengar ceramah pasal Hijrah yg jatuh pada mlm ni...panjang jgk la ustaz ni bercerita, agak 2 jam jgk la...smpi langgar waktu Isyak. Tp xpe sbb aku penah dgr sorg ustaz ni penah ckp...walaupon kita mendgr ceramah tp telah waktu solat, kita akan dpt dua pahala...pahala mendgr ceramah dan still dpt pahala solat jgk. Byk input2 yg aku dpt...insyaAllah ape yg aku ingat akan kita kongsi bersama...

Mula2 ustaz ni cerita la pasal permulaan hijrah. Seperti yg kite tau, hijrah bermula apabila Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam berpindah dr Mekah ke Madinah, bukan atas kehendak mereka tetapi ini adalah suruhan dr Allah Taala. Nabi tidak akan membuat sesuatu melainkan apa yg diperintahkan oleh Allah shj.

Kemudian ustaz ni bercerita plak mengenai kisah yg paling menyayat hati aku...kalo aku dgr cite ni konfem nangis punye, tp sbb kt depan org ramai makanya aku tahan la sket...hehe. Kisah keluarga Yasir mmg terkenal dgn pengorbanan tertinggi dlm agama Islam sehingga Rasulullah s.a.w. bersabda kpd mereka yg sdg diseksa, "Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya Allah menjanjikan syurga untuk kalian". Aku sungguh cemburu dgn kekuatan iman mereka sehingga dijanjikan syurga oleh Allah.

Kemudian ustaz ni kembali bercerita mengenai Hijrah ke Madinah. Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Masjid Quba adalah masjid pertama yg dibina oleh Nabi Muhammad apabila tiba di Madinah.
(Dulu xla secantik ni..huhu)

Setiap amalan perlu bermula dgn niat. Apa itu NIAT? Dari segi bahasa niat adalah kehendak hati atau tujuan hati dan dari segi istilah adalah gerak hati melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhaan Allah s.w.t. 


Apa pula maksud HIJRAH? Dari segi bahasa hijrah adalah berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain. Dari segi konteks sejarah Islam pula adalah perpindahan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda dari Mekah al-Mukarammah ke Madinah al-Munawarrah untuk mengembangkan Islam. Tetapi bg konteks masa kini, hijrah bermaksud perpindahan yang lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih dekat kepada Allah s.w.t.

Perubahan dalam konteks ini yg perlu ditekankan. Perubahan yg baik adalah perubahan kita kepada perkara yg lebih baik, iaitu melaksanakan ISLAM itu seluruhnya, bkn separuh2. Allah memberi penjelasan kepada kita bahawa tiada keizinan kita masuk Islam separuh2 atau sebahagian shj.
"Wahai orang-orang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara seluruhnya..." (Surah Al-Baqarah: 208)
Jadi mcm biasa la, slalunya bila tahun baru azam pon mesti baru jugak kan. Tp aku rase nk kekalkan azam aku sama seperti tahun lepas, sbb rasenya blom capai lg ape yg diharapkan. "Jadi Lebih Baik"...singkatannye JLB (sama dgn no plat moto aku..kebetulan plak)...itu lah azam aku tahun lepas, sama la jgk dgn tahun ni. Diharapkan hijrah atau perubahan aku utk tahun ni dpt dicapai dan dilaksanakan secara seluruhnya.
Sesungguhnya yang baik itu dtg dari Allah Taala dan yg buruk itu juga dari Allah tp disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Harap maaf jika ada sebarang kekurangan. Assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment