I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 6, 2010

Terciptanya Sebuah Manifestasi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Cenderawasih Putih - Gelaran yg diberi kepadaku...hehe
Dengan izin dan hidayah dari Yang Maha Esa, terdetik dihati aku nk buat blog ni. Bila tgk sahabat rapat dan teman2 aku mengupdate blog diorg, tetiba rasa mcm minat plak. Diperkuatkan lg dgn hadis nabi dari Abdullah bin Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat", aku rasa ini adalah medium terbaek utk aku bg pesanan setakat yg aku mampu dgn pengalaman dan ilmu yg ada.

Yela, aku ni bukan la hebat sgt bab2 memberi tazkirah dan pesanan ni, byk lg kekurangan dlm diri, baru nk blaja merangkak skit2. Nk nasihatkan org kena perbaiki diri dulu, jgn la berkibak ckp pampum tp diri sendiri lg teruk. Kalo bleh biarlah orang yang nak bg nasihat ni org baek2, alim dan cukup ilmunya, baru la org ramai nak dgr dan percaya.

Tp kalo nak tunggu semua orang kt dunia ni baek, nampak gayanya takkan adelah nasihat kt muka bumi ni. Makanya, aku rasa kalo korg xsuke sekalipon kt org yg bg nasihat tu, dgr je la apa yg dinasihatkan (selagi ada fakta dr Al-Quran atau As-Sunnah). *mintak maaf jika statement sy silap*

Tujuan aku buat blog ni pon nk menasihati diri sendiri jugak, ye la aku byk baca ilmu2 bermanfaat dalam fesbuk dan blog org lain, tp kdg2 lupa apebende yg kita dh baca. At least bila aku dah upload kt blog ni nanti dpt la aku tgk semula, disamping tu dpt jgk la dikongsi dgn korg semua.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan pada kesabaran." (Surah Al-Asr, ayat 1-3)

Diharapkan sesape yg melawat blog ni nanti, beri la komen2 yg membina supaya aku dpt memperbaiki isi2 yang aku nak uploadkan dlm blog ni, juga memperbetulkan segala kesalahan yang aku buat. InsyaAllah aku akan terus memblog, mudah-mudahan aku mampu memberi perubahan kepada diri sendiri dan orang alin ke arah kehidupan duniawi dan Ukhrawi yang lebih cemerlang melalui wadah ini. Semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati Allah.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. "Agama adalah nasihat". 
Sekian, segala yang baik datang dari Allah Taala dan segala yang buruk jua datang dari Allah tetapi telah dizahirkan dan disandarkan atas kelemahan saya sendiri. Assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment