I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 3, 2011

Selamat Hari Jadi...

(kejadian berikut hanyalah rekaan semata-mata, tiada kaitan sama ada yang masih hidup atau yang dah meninggal dunia, atau yang sedang menaiki kereta mayat)

Peristiwa 1: Sebuah pondok kecil, pukul 11.00 malam, alam nyata...

Kelihatan sekumpulan manusia sedang berkumpul untuk membincangkan sesuatu. Mereka seperti membincangkan sebuah program yang begitu hebat kerana masing-masing begitu khusyuk memikirkan aktiviti yang bakal dibuat. Tiba-tiba nyanyian lagu "Happy Birthday To You" memecah kesunyian malam tersebut. Mereka yang tadinya khusyuk membincangkan aktiviti, bertukar menjadi hilai-tawa seronok-sakan berlari-larian apabila beberapa orang di antara mereka cuba untuk membaling tepung dan telur ke arah kawan masing-masing, terutamanya orang yang disambut hari jadinya pada malam itu. Lelaki berkejar-kejaran dengan perempuan, perempuan membaling tepung ke arah lelaki, lelaki pula membalasnya. Sambutan menyambut pertambahan umur dilihat begitu berjaya, kelihatan masing-masing begitu seronok sekali...

Peristiwa 2: Sebuah pondok kecil (tempat sama), pukul 11.00 malam, alam ghaib...

Kelihatan Malaikat Izrail (Malaikat Maut) sedang memerhatikan wajah manusia-manusia yang berada di pondok itu. Ntah kali yang ke berapa malaikat maut ini melawat manusia yang sama pada hari tersebut. Ketika Malaikat Izrail datang merenung wajah-wajah mereka, didapati mereka itu ada yang sedang bergelak-ketawa. Maka berkata la Malaikat Izrail, "Alangkah hairannya aku melihat orang-orang ini, sedangkan aku diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk mencabut nyawanya, tetapi mereka masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa." Mereka 'bernasib baik' pada malam tersebut kerana Allah s.w.t. masih tidak mengizinkan lagi nyawa mereka untuk dicabut. Sambutan menyambut pengurangan usia dilihat semakin ceria, kelihatan masing-masing begitu seronok sekali...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tidak semua manusia berkesempatan untuk melengkapkan satu tahun perjalanan hayat hidupnya untuk tahun-tahun tertentu. Ade yang mungkin mengalami kemalangan, ade yang kena penyakit, ade yang bunuh diri, dan mungkin ade yang kena bunuh. Tetapi ade juga yang diberi kesempatan oleh Allah s.w.t., dipanjangkan umurnya untuk menikmati hidup yang lebih panjang, berkesempatan untuk melengkapkan satu tahun hidupnya pada tahun-tahun tertentu.

Persoalannya skrang, bagaimana caranya korang menyambut hari kelahiran? Adekah dengan membuat parti, ajak kawan ramai2 datang rumah, tiup lilin kek, dan bergelak ketawa? Adekah dengan membaca doa, solat sunat, sujud syukur, membaca Al-Quran, dan banyak menangis?

Ramai yang meraikan hari jadi yang dianggap pertambahan umur, yang menunjukkan diri mereka semakin meningkat dewasa, menjadi lebih matang, senang cite dah boleh kawen dah. Padahal mereka tidak tahu mmg umur mereka semakin bertambah, tetapi usia mereka semakin berkurangan, mereka sebenarnya semakin menghampiri lubang kubur. Jadi adekah kita patut untuk meraikan hari jadi dengan baling-baling tepung sambil gelak-ketawa?

Korang ade pikir tak, adekah amalan korang setahun sebelum korang sambut hari jadi tu dah banyak giler sampai korang mampu untuk bersuka-ria? Kalo korang dah banyak sangat pahala, dah banyak buat amalan baik, aku tak kesah la kot, nak enjoy2 time hari jadi, silakan la...sedangkan Rasulullah s.a.w. yang maksum, terpelihara dari melakukan dosa pun senantiasa menangis, korang nak enjoy (perasan bagus)..

Ingatlah wahai korang semua, usia kita semakin berkurangan, hanya umur sahaja yang bertambah. Ni bermaksud kite sedang menghampiri MATI. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai kematian, takde manusia yang hidup selamanya. Kite sepatutnya menyambut hari jadi dengan memperbanyakkan doa kesyukuran sbb dipanjangkan umur, solat taubat mintak ampun dosa-dosa yang lepas, dan mulakan umur kita yang baru dengan banyak buat amal-amal soleh, bukannye dgn membaling2 tepung atau meraikan dengan kek harijadi.

Perbuatan meraikan hari jadi dengan meniup lilin kek dan membaling2 tepung tidak pernah diajarkan dalam sunnah Rasullullah s.a.w. Perbuatan ni telah sengaja direka oleh orang2 kafir dan kite plak yang kononnya berilmu, ade otak taknak pikir (mcm binatang, mmm...tak, lebih teruk lg) ikut je ape yang diorang buat sedangkan dari Ibn Umar r.a. berkata, Rasullullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesiapa yang menyerupai satu-satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka" (H.R. Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani). Jadinya, adekah korang semua nak menjadi golongan kafir dengan mencontohi perbuatan-perbuatan mereka?

Tahukah kita semua bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati. Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan Malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.' "

Terpulang la pada kite mcm mane untuk menyambut hari jadi, sambut dengan gelak ketawa atau sambut dengan banyak menangis merenung kembali apa yang telah kite lakukan pada hayat tahun-tahun sebelumnya. Sama ada kite sambut dengan membaling telur dan tepung atau sambut dengan doa kesyukuran. Sama ada kite sambut dengan meniup lilin kek atau sambut dengan solat taubat.

Sebenarnye peristiwa di atas hanya contoh sahaja, banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh dijadikan contoh. Bile kite pikir nak buat dosa dan maksiat, kite kena tau Allah s.w.t. sedang perhatikan kite, malaikat maut juga berada berhampiran. Bile kite rase nak buat pahala dan amal makruf, kite tau yang Allah s.w.t. sedang perhatikan segala perbuatan kite, dan malaikat maut juga sedang melawat kite. Setiap perbuatan dilihat dan dinilai oleh Allah s.w.t. walaupon sebesar zarah.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

p/s: Sahabatku, dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun Tarikh Kelahiran yang ke-21, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...sambutlah hari ini dengan penuh kesyukuran, elakkan dari banyak bergelak-ketawa, sesungguhnya malaikat maut sentiasa memerhatikan kite...blanje makan takpe kot, sbb tu salah satu amalan yang baik...hehe

1 comment: