Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Mungkin ramai yg xsedar..sebenarnya pada tarikh 16 Jun 2011 (Khamis) telah berlakunya gerhana bulan penuh. Di Malaysia, gerhana bulan ini berlaku seawal jam 1.22 pagi sehingga 7.02 pagi dan dijangka waktu puncak adelah pada pukul 3.22 pagi. Gerhana bulan ini berlaku apabila keseluruhan jasad bulan memasuki kawasan umbra. Ketika itu bulan akan kelihatan berwarna merah tembaga. Ini terjadi akibat pembiasan cahaya matahari ketika menembusi atmosfera bumi.
Mungkin ramai juga tidak mengetahui sejarah yg berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. berkaitan dengan gerhana (poyo gler...mentang2 baru tau mase khutbah Jumaat minggu lepas). Ketika zaman Rasulullah s.a.w., telah terjadi gerhana matahari pada hari meninggalnya anak baginda, Ibrahim bin Muhammad s.a.w. Maka penduduk di sana telah mengatakan bahawa terjadinya gerhana matahari adalah disebabkan kesedihan Rasulullah akibat kematian anaknya, Ibrahim. Kemudian Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Dari hadis Abu Mas'ud Al-Anshari berkata, "Terjadi gerhana matahari pada hari meninggalnya Ibrahim Bin Muhammad s.a.w., maka manusia mengatakan, "Terjadi gerhana matahari kerana kematian Ibrahim". Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah, keduanya tidak disebabkan gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang, jika kalian melihat yang demikian itu, maka bersegeralah untuk ingat kepada Allah dan mengerjakan solat".
Islam melihat kejadian ini sebagai satu tanda kekuasaan Allah yang diperlihatkan kepada manusia. Para ulama bersepakat bahawa disunatkan utk mendirikan solat sunat yang dinamakan Solat Sunat Khusuf ataupun Solat Sunat Gerhana. Menurut Syeikh Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul, Solat Gerhana adalah merupakan sunnat mua'kkad. Disunatkan bg org muslim utk mengerjakannya. Perkara ini disandarkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dlm sahihnya yang bermaksud:
"Dari Aisyah dia bercerita bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w. terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengerjakan solat bersama orang ramai. Maka baginda berdiri dan memanjangkan waktu berdiri, lalu beliau rukuk dan memanjangkannya. Kemudian beliau berdiri dan memanjangkannya (berdiri yang kedua ini tidak selama berdiri pertama). Setelah itu, beliau rukuk dan memanjangkan rukuk, rukuknya pada kali ini lebih pendek dari rukuk pertama. Seterusnya, baginda sujud dan memanjangkannya. Kemudian baginda mengerjakan pada rakaat kedua seperti apa yang baginda lakukan pada rakaat pertama. Setelah itu, baginda balik ketika matahari telah muncul. Lalu baginda memberikan khutbah kepada orang ramai. Baginda memanjatkan pujian dan sanjungan kepada Allah. Dan setelah itu, baginda bersabda:
"Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua (tanda) dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga kerana kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat hal tersebut maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, bertakbir, solat dan bersedekah". Setelah itu, beliau bersabda: "Wahai umat Muhammad, demi Allah, tidak ada seorang yang lebih cemburu dari Allah jika hambaNya, laki-laki atau perempuan berzina. Wahai umat Muhammad, seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis".
Terdapat beberapa sebab dan hikmah mengapa Allah menciptakan kejadian ini. Antaranya yg dijelaskan oleh para ulama adalah Allah mahu menakutkan hambaNya dan membuktikan bahawa bulan dan matahari tidak lebih dari kekuasaan-Nya. Abu Musa ada menyebut bahawa tanda-tanda ini ialah disebabkan Allah mahu menakutkan para hamba-Nya. Kata beliau, "Tanda-tanda yang Allah kirimkan ini bukanlah kerana kematian atau kehidupan seseorang, tetapi Allah sedang menakut-nakutkan hamba-hamba-Nya dengannya, maka jika kalian melihat sesuatu yang demikian itu, bersegeralah utk mengingati Allah, berdoa dan meminta ampun kepada-Nya." (H.R. Bukhari dan Muslim)
Ni gerhana matahari bkn bulan |
p/s: maaf gak bagitau lmbt, kalo x bleh sama2 buat solat sunat gerhana. Tp takpe, gerhana bulan penuh seterusnya bakal berlaku pada 10 Disember 2011 pada jam 8.45 malam, jgn lupe buat solat sunat gerhana nanti...bukan slalu dpt buat kan~
No comments:
Post a Comment