I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 18, 2011

Murka Ibu Bapa, Murka Allah Juga...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." (H.R. Al-Hakim)

Tanggungjawab anak terhadap kedua2 ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan selepas mereka meninggal dunia:
1) Semasa kedua2 ibu bapa masih hidup anak2 hendaklah berbakti dan berbuat baik kpd mereka kerana ibu bapa adalah org yg paling banyak berjasa kpd anak. Di antara adab yg mesti dipraktikkan sentiasa adalah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dgn mereka, berbelanja utk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dgn sebaik2nya.
2) Apabila kedua2 ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak2 utk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menziarahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yg belum tertunai, menghubungkan silaturahim dgn sahabat ibu bapa, mengqadakan puasa yg terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yg belum langsai semasa hayat mereka.

Walaupun anak2 sudah mempunyai keluarga sendiri, mereka masih wajib mentaati dan menghormati kedua2 ibu bapa. Anak yg tidak mentaati kedua2nya dianggap sbg anak derhaka dan ia adalah termasuk dlm kesalahan dosa2 besar. Setiap anak yg derhaka akan dilaknat oleh Allah s.w.t., amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yg memungkinkan perbuatan baik yg dilakukan sepanjang hayatnya akan menjadi sia2.


Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".
(Surah Al-Israa': ayat 23-24)

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

p/s: sempena Hari Bapa ni, korang peluk la ayah korang masing2, sambil ucapkan lafaz ni dgn gaya menyeringai mcm bdk pompuan yg comel, "Ayah, saya saaayyyyaaaaannngggg ayah!!!, Selamat Hari Bapa"...utk Hari Ibu pon korang buat perkara yg sama pd mak korang plak...

No comments:

Post a Comment