Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Sedekad lagu nada dering yg digunakan hanyalah bernada kring! kring! atau muzik tanpa lirik. Sesuai dgn perkembangan semasa, masyarakat menjadi lebih kreatif utk mencipta nada dering mengikut cita rasa dan imaginasi tersendiri. Akan tetapi yg dikesali apabila daya kreativiti ini di salah guna, sedikit sebanyak memberi kefahaman yg salah dan juga mendatangkan penghinaan.
Apa yg dimaksudkan adalah menggunakan alunan zikrullah, doa2 atau ayat al-Quran sebagai nada dering. Sekali pandang mungkin tiada salahnya, apatah lagi bukankah mengingati Allah itu satu kewajipan yg dituntut. Bahkan secara tak langsung memberi mesej bahawa kita mengagungkan syiar Islam, sebagaimana org Kristian menggunakan tanda salib sebagai satu syiar agama mereka dalam aksesori yg dipakai.
Situasinya kini telefon bimbit di bawa kemana2 sahaja sekalipun dalam tandas atau tempat2 maksiat. Bagaimana jika kita dalam tempat tersebut, tiba2 kedengaran ayat al-Quran berkumandang, atau ketika ayat itu dibaca terus diberhentikan tanpa dihabiskan? Bukankah ini menjadikan bacaan tersebut tergantung dari sudut bacaan dan makna?
Persoalannya di sini bolehkah zikrullah, doa2 atau ayat2 al-Quran dijadikan nada dering telefon apabila melibatkan situasi di atas? Majlis Fatwa Ulama Saudi yg dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Ali al-Syeikh di dalam mesyuarat dihadiri oleh 70 org perwakilan fiqah dunia pada 2007 ada jawapannya.
Hasil persidangan tersebut menyatakan, "HARAM hukumnya kerana ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat yang didengarkan itu secara tiba-tiba dihentikan, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya jika ayat-ayat al-Quran disimpan di dalam telefon untuk didengari ia merupakan amalan yang mulia (dan bukan untuk dijadikan nada dering)."
Menurut Sheikh Dr. Mahmoud Ashour yg merupakan ahli Jawatankuasa Akademi Penyelidikan Islam, "Orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai medium memberi amaran apabila seseorang membuat panggilan. Ia tidak sesuai langsung untuk ayat al-Quran mengganti tempat nada dering atau deringan muzik."
Selain itu Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al-Quran sebagai nada dering. Mohammed Asumin Qazmil berkata, "Ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur. Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadduk dan tadabbur. Jika digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut."
Adakalanya nada dering tersebut berbunyi pada tempat2 yg kotor dan tidak sesuai seperti dalam tandas. Sedangkan haram hukumnya bacaan al-Quran di tempat seperti itu, kerana ia menjatuhkan kemuliaan al-Quran sebagai kalamullah.
Selain bacaan al-Quran, turut menjadi pengharaman apabila seruan azan atau bacaan zikrullah turut diguna pakai sebagai nada dering telefon kerana atas sebab yang sama.
Seeloknya janganlah digunakan ayat al-Quran ini kerana sejauh mana kepekaan kita untuk mematikan telefon apabila masuk ke tempat-tempat yang kotor. Sedangkan apabila berjemaah dalam solat pun telefon masih berbunyi, inikan pula ketika masuk ke tandas.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri....wallahualam~
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka" (Ar-Ra'd: 11)
Monday, May 21, 2012
Doa Ditimpa Musibah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Pada peristiwa Perang Uhud, Abu Salamah terluka parah, lalu isterinya yg tercinta, Ummu Salamah mengubatinya hingga hampir sembuh. Namun, luka tersebut semakin membengkak dan parah seolah-olah lukanya terbuka yg menyebabkan Abu Salamah terus berada di atas katilnya.
Tatkala Abu Salamah sedang diubati lukanya, dia berkata kpd isterinya, "Wahai Ummu Salamah! Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang terkena musibah, hendaklah dia mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi rajiun". Kemudian Abu Salamah menambah: "Ya Allah, ku kembalikan kepadaMu seluruh musibah yang mengenaiku. Ya Allah, berikanlah kepada isteriku yang lebih baik dari diriku." Allah pun kemudian mengabulkan doanya.
Tak berapa lama Abu Salamah wafat dan Ummu Salamah mengingati apa yang diriwayatkan Abu Salamah dari Rasulullah lalu dia berdoa: "Ya Allah, kuserahkan kepadamaMu seluruh musibahku ini...". Akan tetapi hati Ummu Salamah sebenarnya tidak menerima jikalau dikatakan kepadanya: "Berikanlah pengganti yang lebih baik untuknya" yang membuat hati Ummu Salamah tertanya, "Siapakah yang lebih baik dari Abu Salamah?" Namun, Ummu Salamah tetap berdoa.
Di pendekkan cerita, Rasulullah telah melamar Ummu Salamah. Kemudian, Rasulullah pun menikahi Ummu Salamah. Allah telah mengabulkan doa Ummu Salamah serta menggantikan untuknya dengan yang lebih baik, iaitu Rasulullah sallallahu alaihi wassallam suri teladan umat manusia.
Jika kita ditimpa musibah seperti kehilangan barang, kematian orang yang disayangi, putus cinta, kehilangan sahabat, peristiwa yang menyedihkan atau apa sahaja musibah yang berlaku, kita digalakkan untuk membaca doa seperti yang dilakukan oleh Ummu Salamah. InsyaAllah, Allah akan menggembirakan hati kita semula dengan menggantikan yang lebih baik dari sebelumnya.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~

"Ya Allah, ku serahkan kepadaMu seluruh musibahku ini. Berikanlah pengganti yang lebih baik untukku."
Di pendekkan cerita, Rasulullah telah melamar Ummu Salamah. Kemudian, Rasulullah pun menikahi Ummu Salamah. Allah telah mengabulkan doa Ummu Salamah serta menggantikan untuknya dengan yang lebih baik, iaitu Rasulullah sallallahu alaihi wassallam suri teladan umat manusia.
Jika kita ditimpa musibah seperti kehilangan barang, kematian orang yang disayangi, putus cinta, kehilangan sahabat, peristiwa yang menyedihkan atau apa sahaja musibah yang berlaku, kita digalakkan untuk membaca doa seperti yang dilakukan oleh Ummu Salamah. InsyaAllah, Allah akan menggembirakan hati kita semula dengan menggantikan yang lebih baik dari sebelumnya.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~
Putus Silaturrahim (Part 2)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Diriwayatkan ada seorang lelaki kaya pergi menunaikan haji di Mekah. Apabila tiba hari utk wukuf, dia telah mengamanahkan duitnya sebanyak 1000 dinar kpd seorang lelaki yg diketahuinya sebagai seorang yg jujur dan berakhlak mulia.
Selesai menyempurnakan rukun2 hajinya, lelaki kaya berkenaan pergi ke rumah lelaki berkenaan utk menuntut kembali wangnya. Malangnya, ahli keluarganya memberitahu dia sudah meninggal dunia. Orang kaya berkenaan bertanya tentang harta yg diamanahkan kepada lelaki berkenaan. Sekali lg dia hampa apabila keluarga lelaki tersebut tidak mengetahuinya.
Orang kaya tersebut lalu berjumpa dengan seorang ulama di Mekah dan meminta pandangannya tentang harta yg tidak diperolehnya kerana lelaki yg diamanahkan telah meninggal dunia. Ulama tersebut menjawab, "Pergilah kamu ke telaga zamzam malam ini dan panggillah namanya. Jika dia seorang penghuni syurga, dia akan menyahutnya."
Pada malam itu orang kaya tersebut ke telaga zamzam dan memanggil2 nama lelaki tersebut namun tiada jawapan. Keesokan harinya orang kaya itu bertemu kembali dengan ulama lalu diceritakan kisah yg berlaku. Ulama itu berkata lg, "Pergilah kamu ke Yaman dan carilah perigi Barhut yg dikatakan sebagai mulut neraka jahannam."
Tanpa berlengah, orang kaya tersebut pergi ke tempat yg diarahkan. Lalu dia memanggil2 nama lelaki yg diamanahkan tadi. Tiba2 ada suara yg menyahut. Orang kaya tersebut lantas bertanya di mana hartanya disimpan. Lelaki amanah tersebut menjawab, "Pergilah di suatu tempat di rumahku. Aku tidak percaya kepada sesiapa pun, sekalipun anakku. Galilah di situ dan kamu akan menjumpai dinarmu."
Sebelum meninggalkan suara berkenaan, lelaki kaya itu bertanya lg, "Kenapa kamu ditempatkan di sini sedangkan kamu adalah orang yang baik?" Lalu dijawab, "Aku mempunyai saudara perempuan yg miskin tetapi aku tidak pernah mengendahkannya apatah lg utk mengambil tahu keadaannya. Kerana itu Allah menyeksaku dan menempatkan aku di neraka jahannam."
Moral daripada cerita ini: Jangan sesekali memutuskan silaturrahim sesama manusia apatah lg dengan ahli keluarga sendiri. Walaupun kita mempunyai sifat2 terpuji seperti amanah, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan sebagainya, tetapi jika pernah memutuskan hubungan sesama manusia, maka tempat yg layak baginya adelah neraka jahannam.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim."
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri....wallahualam
Sumber: Al-Islam April 2012
Jagalah Hati
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Manusia dilahirkan dgn hati yg suci dan bersih tanpa secalit noda dan dosa. Hati seseorang akan menjadi baik jika pemiliknya sentiasa memeliharanya dengan baik spt mengamalkan zikrullah serta melakukan perkara2 positif. Ilmu, mujahadah dan disiplin merupakan tiga perkara asas bagi mendapatkan hati yg cintakan kebaikan.
Ilmu : Untuk mendapatkan hati yg suci kita perlu mempelajari ilmu agama seperti mana yg diperkatakan oleh Imam al-Ghazali, "Apabila seseorang itu tidak mendengar majlis ilmu sebanyak tujuh hari, hatinya akan menjadi keras. Justeru, kita harus mendidik diri supaya sentiasa cintakan majlis ilmu, mengamalkan zikir, istiqamah membaca al-Quran dan sebagainya." (maka kalo ade majlis ilmu berdekatan, pegi yer)
Mujahadah : Jangan sesekali akur dengan godaan syaitan yg sentiasa berusaha menyekat kita dari kebaikan. Kita perlu kuatkan hati utk melawan dan menundukkan syaitan demi menuju jalan kebenaran. (proses melawan nafsu dan godaan syaitan adalah suatu jihad)
Disiplin : Terapkan sifat2 baik dalam diri secara beransur2 (istiqamah) utk memastikan diri boleh menerima perubahan. Jgn mengubah diri secara drastik, ditakuti akan menyebabkan diri tak istiqamah utk berhijrah ke arah kebaikan secara berterusan (ala2 mcm culture shock la).
Bagaimana untuk mendapatkan hati yang tenang
1. Memaafkan orang lain setiap kali sebelum tidur, tidak kira sebesar mana kesalahan atau dosa yang dilakukan kepada kita. Mmg agak susah utk menerima kenyataan tersebut tp kita hendaklah cuba berusaha utk memaafkan, supaya hati tidak ada sifat dendam. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sentiasa memaafkan musuh2nya walaupun pernah di baling dengan batu dan najis. Bahkan Allah juga mempunyai sifat Maha Pengampun. Mengapa tidak kita?
2. Sentiasa berdoa kepada Allah dengan tujuan orang lain juga akan memaafkan segala kesalahan yg kita pernah lakukan terhadapnya.
3. Mengamalkan membaca surah Al-Insyirah. Dengan memahami maksud bacaan tersebut, Insya-Allah bacaan itu mampu memberi ketenangan apabila berasa tidak tenang dan susah hati.
4. Sentiasa mengawal lidah dari bercakap perkara2 yg tidak berfaedah. (banyak bercakap selalunya banyaklah dosa yg dilakukan)
5. Memelihara mata dengan mengelakkan diri dari memandang keaiban org lain. Seharusnya kita harus sedar yg kita juga mempunyai banyak kelemahan. Tiada siapa yg memiliki kesempurnaan sepenuhnya melainkan Allah s.w.t.
6. Terkadang kita hanya nampak satu kesalahan org lain terhadap kita berbanding 1000 kebaikan yg pernah dilakukan pada kita. Sesekali tidak salah utk kita mengenang dan mengingati kembali kebaikan yg pernah dilakukan orang lain kepada kita. Jangan hanya mengingati kesalahan org lain sahaja.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah bersabda, "Sesungguhnya dalam diri manusia terdapat segumpal darah, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya. Apabila ia buruk, maka buruklah seluruh tubuhnya, ia adalah hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumber: Al-Islam April 2012
Kelebihan Solat Subuh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Menurut kajian, kandungan udara pada waktu Subuh mempunyai tahap gas oksigen yang paling tinggi, dan semakin berkurangan apabila terbitnya matahari. Oleh yang demikian udara pada ketika itu dalam keadaan bersih dan tidak tercemar.
Udara yang bersih ini dapat meningkatkan fungsi jantung, menguatkan paru2, memperbaiki serta meningkatkan sel organ yang rosak, mengendurkan urat saraf, reumatisme dan penyakit asma. Udara bersih ini juga mampu meneutralkan peredaran darah serta menguatkan imunisasi tubuh.
"Assolaatukhairummminannaum"
Sedarkah kita solat Subuh sebenarnya memberi begitu banyak kelebihan bagi mereka yang mengerjakannya? Ini kerana semakin sulit sesuatu perkara itu untuk dikerjakan, semakin banyak pula kelebihan dan ganjaran yang diberikan. Itulah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya yang terpilih yang mendambakan cinta-Nya.
Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya (berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut kajian, kandungan udara pada waktu Subuh mempunyai tahap gas oksigen yang paling tinggi, dan semakin berkurangan apabila terbitnya matahari. Oleh yang demikian udara pada ketika itu dalam keadaan bersih dan tidak tercemar.
Udara yang bersih ini dapat meningkatkan fungsi jantung, menguatkan paru2, memperbaiki serta meningkatkan sel organ yang rosak, mengendurkan urat saraf, reumatisme dan penyakit asma. Udara bersih ini juga mampu meneutralkan peredaran darah serta menguatkan imunisasi tubuh.
Dari Usman bin Affan, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barangsiapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
Alhamdulillah, Allah mempermudahkan aku untuk bangun Subuh setiap hari. Dan Insya-Allah, orang2 yang mintak tolong aku kejutkan Subuh, telah mampu utk solat Subuh berjemaah bersama2 dgn aku. Ini semua atas pertolongan dan hidayah dari Allah kepada hamba2Nya. Kepada yg susah utk bangun Subuh tu, ni antara tips2 untuk mudah bangun Subuh:
1. Tidur lebih awal. Rse2 kalo dah takde keje kul 1 pagi tu elokla tido daripada maen fesbuk atau baca blog aku ni...haha (perasan famous)
2. Tidur dalam keadaan suci iaitu dengan berwuduk
Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, ada malaikat yang bermalam pada rambutnya. Tidaklah dia bangun melainkan malaikat itu berkata, "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu, Fulan, sesungguhnya dia tidur dalam keadaan suci." (Sahih Ibn Hibban)
3. Tidur mengiring ke kanan sepertimana sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam
4. Berniat sebelum tidur untuk bangun menunaikan solat Subuh. Baca doa sebelum tido skali.
5. Menggunakan alat bantuan seperti jam loceng atau suruh kawan kejutkan.
6. Segera bangun apabila terdengar azan. Jgn nak mengeliat2 lagi dah.
Antara kelebihan2 Solat Subuh
Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di akhirat kelak." (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Rasulullah sallallahu alaihi wassalam mendoakan umatnya yang bergegas melaksanakan solat Subuh, "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun Subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., "Telah diceritakan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam menegnai satu kejadian di mana seseorang yang tidur sampai pagi hari sehingga menyebabkan dia tidak boleh mendirikan solat." Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Syaitan sudah kencing di telinganya." (Hadis riwayat Bukhari)
Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Barangsiapa yang menunaikan solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah s.w.t. sehingga terbit matahari, kemudian solat Dhuha, maka dia akan beroleh pahala seperti pahala haji dan umrah secara sempurna, sempurna dan sempurna." (Hadis riwayat Tirmidzi)
Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Barangsiapa menunaikan solat Subuh maka ia berada dalam jaminan Allah. Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barangsiapa membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutkan sehingga Ia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~
p/s: aku risau...bagaimana solat Subuhmu sekarang?
Peristiwa an-Nakbah
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.
Pencetus penubuhan negara Yahudi
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29 Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan negara Yahudi di Palestin.
Deklarasi Balfour
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 Novemver 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas mencabuli perjanjian antarabangsa.
Holocaust
Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi Jerman yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah beramai-ramai adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk bangsa Yahudi iaitu di Palestin.
Pemimpin Zionis terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina negara Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai secara sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi.
Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan 'Ketetapan 181' di malang pada 29 November 1947 dengan membahagiakan 2/3 tanah negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.
Kelemahan Liga Negara Arab
Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.
Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78% bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan negara 'Israel' pada petang 14 Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila negara Israel yang merdeka diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.
Kemerdekaan Israel Adalah Malapetaka Palestin
Kesan langsung dari malapetaka (nakbah) ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang bertindak mengusir lebih daripada 60% rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Jenayah ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang akan dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.
Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.
64 Tahun an-Nakbah
Rejim Zionis terus melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini Yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 95% dari keseluruhan bumi Palestin.
Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 000 di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.
Sekatan ekonomi yang dirancang Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimilik oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
Ramai di kalangan kanak-kanak Palestin yang dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.
Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara terbesar di dunia. Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 64 tahun lalu. Inilah jumlah pelarian paling lama dan paling ramai dalam sejarah peradaban dunia.
Sambutan 64 Tahun Kelahiran Israel
Pada hari Selasa 15hb Mei 2012 merupakan tahun ke-64 kelahiran negara haram Israel. Memang benar tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peristiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini.
Sebenarnya kelihatan semakin banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita akhiri era sombong mereka itu.
1. Kebangkitan dan kesediaan ribuan barisan pemuda di Bumi Anbiya bagi melancarkan Intifadah yang ke-3 dengan persiapan pertempuran yang lebih hebat dan berpanjangan.
2. Kerajaan Zionis Israel semakin panik dengan pelbagai perkembangan umat Islam di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan di antara fraksi rakyat Palestin seumpama Hamas-Fatah dan yang lain-lainnya.
3. Kelahiran semula generasi al-Quran yang unit di kalangan masyarakat Palestin terutamanya di kalangan generasi muda dan remaja yang berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah adalah aset penting bagi meraih kemenangan yang dijanjikan Allah kepada pendokong kebenaran dan keadilan.
4. Tumbangnya rejim diktator Mubarak dan persetujuan Kerajaan Sementara Mesir untuk membuka 'Rafah Gate' secara berkekalan. Peritiwa demi peristiwa berlaku di kala Revolusi Mesir ini begitu kuat didasari oleh kebangkitan rakyat dan aktivis Islam di kalangan penduduk Mesir yang bakal melakukan lebih banyak kejutan dan tekanan ke atas Israel.
5. Kebangkitan Turki yang berani membantu perjuangan pembebasan Palestin secara terbuka tentunya mencabar keutuhan regim Zionis Israel yang sombong dan bongkak selama ini.
6. Dengan berlakunya Intifadah 2000, dengan jelas kelihatan berkurangnya kedatangan pendatang Yahudi Zionis ke Palestin. Malahan statistik yang terkini mendapati bahawa lebih daripada 700 000 orang Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 12 tahun yang lalu.
7. Generasi muda Israel kini kelihatan tidak lagi beriman dan berminat dengan 'agenda Israel Raya' apatah lagi untuk berjuang bermati-matian menjayakannya.
8. Statistik terkini juga mendapati pertambahan penduduk Palestin yang berlipat kali ganda di Gaza, Tebing Barat dan Israel (Palestin-1948). Jumlah ini telah jauh melebihi kelahiran anak-anak Yahudi di Israel. Ini sebenarnya adalah merupakan projek bom demografi yang disengajakan bagi berhadapan dan menakutkan Zionis untuk projek jangka masa panjang.
9. Ekonomi Israel juga semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al-Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini terus menyebabkan ekonomi mereka merudum dan terus bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat.
10. Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin juga semakin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.
Dan semakin banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis akan berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~
Al-Aqsa pastinya akan bebas jua...salam perjuangan!!!
Sumber: Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin
Hukum Menyambut Hari Ibu / Bapa
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Hari Ibu / Mother's Day merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa, bukanlah hanya terhad kepada hari2 tertentu sahaja seperti hari ibu atau hari bapa.

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'Ah', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Israa', ayat 23-24)
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, "Hari Ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka."
Masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-mengikut. Bila orang kafir sambut Hari Valentine, kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut April Fool, kita pun 'fool' sama! Bila orang kafir sambut Hari Ibu atau Hari Bapa, kita pun nak buat sama! Kalo kita sambut Hari Raya, ade korang nampak orang kafir nak sambut jugak?
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)
Pada pendapat aku yang bukan ustaz ni, tak salah untuk kita lebih menyayangi ibu dan bapa kita pada hari2 tertentu, cuma janganlah pada hari2 di mana orang kafir sedang menyambutnya. Kita boleh lebih menyayangi mereka ketika hari kelahiran ibu dan bapa kita, atau hari kelahiran kita sendiri, asalkan tidak menyamai dengan orang kafir.
Cara menyambutnya seeloknya ikutlah ajaran Islam seperti membuat kenduri kesyukuran ke, baca doa untuk kesejahteraan mereka ke, belanja ibu bapa makan ke, bawak pegi jalan2 ke... daripada buat parti atau pergi ke tempat maksiat yang selalunya dilakukan oleh orang2 kafir.
There's no one in this world that can take your place
I'm sorry for ever taking you for granted
I will use every chance i get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love like you love me
Only gor knows how much you mean to me
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
Love you mama
Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~
p/s: selamat Hari Guru untuk mama jugak...
Subscribe to:
Posts (Atom)