I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 29, 2011

Himpunan Sejuta Belia 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, aku masih lg dpt menaip dalam blog ni lg utk tatapan korg semua (perasan popular). Kali ni kite santai2 sket la heh. Aku saje nak cite 'praktikal' aku minggu ni. Kali ni aku kena buat keje lapangan atau bahase omputeh fieldwork. Hari Sabtu bersamaan 28 Mei 2011, aku bersama beberapa org rakan telah berjalan2 di Putrajaya, sempena Himpunan Sejuta Belia 2011 (sejuta katanya).

Masa kami pg time tu kul 6ptg...keadaan mmg sesak, ye la mungkin hari minggu dan mungkin jgk memang sejuta orang ade kat sana kot. Parking keta punye la jauh, terpaksa la kami berjalan kaki sket menuju ke tapak Hari Belia Negara (HBN) yg sebenar. Bile dah smpi tapak sebenar, mmg besar kawasan tapak hari belia. Bleh la dikatakan booth ade dimana2 je. Kalo korg tak percaya, aku ade download peta kawasan HBN, korg tgk la sendiri.

Mula2 rase teruja la nak berjalan2 kesemua booth yg ada, jalan la dari Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) smpi la kt hujung (dekat2 dengan Masjid Putra). Bile nak patah balik je rase semput sbb jauh sgt (aku ok je member aku yg semput...huhu). Banyak jugak la booth2 yg menarik tp yg paling aku suke ade lah pameran kenderaan tentera, polis dan bomba. Teruja gile bile tengok motor besar polis, kereta Lancer polis (ke Inspira?), meriam tentera, lori hospital tentera, dan yg paling menarik lori mesin basuh tentera. Mmg banyak la booth2 yg ade tp aku tak sempat nak lawat semua.



Seronok2 gak, solat jangan lupe. Bile masuk waktu maghrib, kami pon pg solat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau pon nama glamor nye Masjid Besi. Mmg bagus aktiviti HBN ni, walaupon ade hiburan dan jugak pameran2, tp pengisian rohani tidak dilupakan. Sblom masuk waktu solat Isyak, ade la Ustaz bg tazkirah masa tu (maaf xsempat bekenalan dgn die). Aku begitu tertarik ape yg die ungkapkan, ayat die lebih kurang mcm ni:

"Asal kite semua dari mana? Bukan Johor, bkn Perak, bkn Kedah. Tp asal kita semua dari syurga, dan kita sepatutnya kembali ke sana. Kenapa sy ckp kita semua dari syurga? Sbb kita semua adalah dari keturunan Nabi Adam dan Nabi Adam asalnya dari syurga, jadi kita semua patut kembali ke dalam syurga" Maka berusahalah kita semua (yg ni aku tambah sendiri)


Lepas je solat isyak dan solat sunat hajat, tgk2 jam dah pukul 9.30mlm. Ape lg, kami pon trus la cepat2 ke pentas utama. Sbb dari ptg kitorg smpi mmg dah penuh orang depan pentas tu. Sape artis yg hebat sgt dtg Putrajaya ni smpi ramai dh bekumpul sejak petang lg, padahal konsert mula pukul 10.00 malam. Rupe2nye SUPER JUNIOR-M yg buat persembahan.

Aku malas la nak cite ape beza SUJU-M dan SUJU yg biasa, ade bape byk SUJU lg, apsal SUJU ni nyanyi bahasa mandarin je? Kalo korang nak tau korang search la sendiri. Dah letih la aku menjawab dgn member2 aku (padahal tak tau sgt pon). Ade la 4 lagu aku dgr sebelum aku balik, walaupon tak paham. Bila nak balik je sesak dgn org, tak tau nak kuar ikut mana, siap ade yg nak pengsan lg. Akhirnya dapat jgk kuar dari tempat tu dgn selamat. Mmg satu kejadian ngeri kalo datang tgk konsert, rase macam dah insaf je takkan tgk konsert lg...huhu.


Walaupon program ni lebih banyak berbentuk hiburan, tp jangan la kite pilih benda2 ni (kurang2kan la). Ade banyak lg yg benda2 berfaedah yg boleh kite amek. Cthnya: ceramah agama di Masjid, pameran kerjaya dan usahawan, pesta buku dan majalah, pameran teknologi, aktiviti2 sukan mcm futsal dan sukan air, dan beberapa lg aktiviti yg berfaedah. Harap HBN masih dijalankan pada masa akan datang dgn menambah lebih byk aktiviti2 menarik lg.

Segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...Wallahualam~

p/s: lepas ni taktau lg tempat praktikal kt mana plak...hehe.

Sunday, May 22, 2011

Nur Kasih The Movie 3D

(masa semakin singkat...masih banyak yang belum kuceritakan...kisah Adam, Nur dan Aidil... kisah percintaan, pengorbanan, perpisahan dan perjalanan pulang ke jalan yang diredhai-Nya)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Memandangkan ramai yg bercerita apa yg berlaku di sepanjang 2 minggu berpraktikal, aku pon nak cite jgk ape yg aku buat...hehe. Ade la yg bercerita die buat keje lab, pg fieldwork, maen2 dgn chemical, jumpe mcm2 binatang...seronok nye korang. Aku pulak biase2 je, tmpt praktikal aku kt Mines, labwork pon biase2 je, tgk wayang, makan2, shopping... (jeles tak? hehe)


Sebenarnye nak cite pasal movie yang baru aku tgk Khamis lepas, NUR KASIH THE MOVIE. Hanya di pawagam katanya. Aku yg kebosanan pon ditemani seorang kawan pon pg la Mines, tgk tayangan kedua hari pertama, pukul 1.15pm setelah terlepas tayangan pukul 11.45am. Kire ok la kan dpt tgk hari pertama, tak ramai org pon mungkin sbb hari bekerja.


Bg aku movie ni semua orang patut tengok, sbb ade banyak unsur2 pengajaran dlm cite ni. Aku pelik bile ade orang tulis dalam status facebook, twitter atau dalam blog diorg cakap cite 'Lanun dari Karabian' best la, cite 'Hantu Kak Temah Balik Kampung' kelakar la, atau cite 'Cepat dan Garang 3D' menarik la. Tp kalo takde pengajaran ape yg menariknya? Kalo boleh biarlah kita cadangkan kt orang ramai utk tgk cite2 yg mengandungi banyak unsur2 nasihat dan pengajaran... contohnya cite ni la.
Antara barisan pelakon Nur Kasih the Movie
Aku cube cite sket la babak2 pengajaran yg ade dalam cite ni. Antara pengajaran2 yg aku dapat adelah:
1. Bersabar dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t. (Qada' dan Qadar)
Banyak dugaan yg berlaku dlm cite ni, cthnya Aidil kematian isteri, Nur Amina kehilangan anak pertamanya, Adam mengalami masalah jantung, dan mcm2 lg la dugaan dan cabaran yg mereka terpaksa hadapi dlm movie ni (cite semua nanti korg tak tgk plak). Ape yg aku nak ckp adelah kite hendaklah sabar dan tabah menghadapi dugaan, jgn menyalahkan takdir yg telah ditentukan Allah kerana semuanya telah diaturkan oleh-Nya dan ada hikmah disebaliknya.


Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." 
(Surah Al-Hadid: 22-23)

Rasullullah bersabda :

“Sungguh mengagumkan urusan orang yang beriman, kerana seluruh urusannya merupakan kebaikan baginya. Jika ia mendapatkan kesenangan ia bersyukur, maka syukur itu adalah kebaikan baginya. Dan ketika ia ditimpa kesulitan, ia bersabar. Maka sabar itu merupakan kebaikan baginya. Hal seperti ini tidak akan didapati pada seseorang kecuali orang-orang yang beriman.”



2. Pengorbanan
Ade satu kelas agama yg diajar oleh Adam kpd budak2 bermasalah. Dlm movie ni die hanya tunjuk Adam mengajar erti pengorbanan. Pengorbanan adelah memberikan sesuatu yg kita sayang kpd org lain, tak kira besar atau kecil pemberian tu. Apa ganjaran yg kita dpt adalah setimpal dgn apa yg kite beri, kalo beri sket ganjarannya sket la. Ape yg budak2 ni korbankan... hah itu kena tgk sendiri... hehe


3. Jangan cepat putus asa
Seperti yg aku tulis kt atas, byk dugaan yg dihadapi oleh Aidil, Adam dan Nur. Mula2 nmpk jgk la ade yg berputus asa, tp bila dinasihatkan barulah semangat mereka kembali utk meneruskan kehidupan. Cthnya ade scene Nur mencari Adam yg hilang, Nur tak cepat putus asa malah masih mencari sampai jumpa walaupon die sdg berbadan dua. Nape Adam bleh hilang?... Hah itu yg kite tak tau.. hehe


“Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 
(Surah Az-Zumar: 53)


4. Matlamat tidak menghalalkan cara
Ketika Adam sedang sakit, Nur yg terpaksa menyara keluarga dan membiayai kos perubatan Adam. Nur ade menerima tawaran menjadi arkitek utk membina sebuah Kelab Malam. Walaupon ketika itu Nur sgt terdesak utk mendapatkan duit tp die tolak tawaran tersebut. Ni yg dinamakan matlamat tidak menghalalkan cara. Walaupon niat kita baik utk dpt duit membiayai perbelanjaan perubatan tp kalo dari hasil yg haram iaitu hasil dr kelab dimana org2 di dalamnya minum arak, menari2 dan maksiat, kita kena tolak.


5. Menepati janji
Ketika Adam sdg sakit, Adam telah meminta abangnya, Aidil utk berjanji mengenai Nur. Dan sampai ke akhir cerita, Aidil tetap berpegang dgn janji tersebut. Apekah janji Aidil kepada Adam mengenai Nur? Kena tgk cite ni sampai habes la sbb kt ending cite ni Aidil ade cakap kt Nur apa yg dia janjikan pada Adam... hehe


Anak sape plak ni...jeng jeng jeng
Rasenye tu je pengajaran yg aku ingat dalam cerita ni, mungkin ada banyak lg korang bleh dapat tp kena tengok sendiri la heh. Nasihat aku, kepada perempuan yg nak menonton, mungkin korang kena bawak tisu byk2 kot, mmm...lelaki kalo nak bawak bleh je rasenya. Sape yg tak tersentuh tengok movie ni, ade sesuatu masalah yg ada dlm hati korang.


Tahniah kepada pengarah Kabir Bhatia yg berjaya membuat satu filem yg bukan sahaja menarik jalan cerita dan cinematografinya, malah penuh dgn unsur nasihat dan pengajaran yg boleh kita ambil sebagai teladan. Walaupon ade la visual effect yg masih bleh diperbaiki lg, tp jgn la kite ambil kisah yg tu, ambil kisah pengajaran yg cube mereka sampaikan.


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...


p/s: kena mintak bayaran dr pengarah ni sbb promote cite ni...hehe

Thursday, May 19, 2011

Jangan Jadi Lilin

(sempena Hari Guru yang baru lepas...aku buat entry ni khas utk guru2 yang berada diluar sana...terutama kpd semua kawan2 ku yang sudah bergelar guru atau bakal menjadi guru nanti....maaf ayat mungkin agak skema dan puitis sket...huhu)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


"Guru adalah ibarat lilin....yang membakar diri untuk menerangi...berkorban diri demi kebaikan orang lain....itu lah satu simbol pengorbanan"

Mungkin ramai yang berpendapat spt ni. Menganggap guru2 spt sebatang lilin dalam sebuah bilik yg gelap. Memberi cahaya utk menerangi bilik tersebut. Perumpamaan tersebut lebih krg bermaksud guru2 la yang bakal mencorak masa depan anak2 muda di mana mereka2 masih tidak tau lg kemana halatuju mereka selepas ni (masih dlm kegelapan).

Menjadi guru perlu menempuh jalan yg penuh liku, dari ujian kepayahan, kesenangan hinggalah ujian kebosanan. Pengajaran seorg guru jgk bg aku adalah ibarat dakwah, kerana apa yg disampaikan adalah seni utk membentuk manusia. Bilamana usaha itu berkaitan dgn manusia, sudah tentu banyak keperitan dan kesusahan yg dialami bila berurusan dgn manusia.

"Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu" 
(H.R. At-Tarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Umar r.a.)

Jika usaha mengajar itu membawa sinar, maka sinar itu perlulah dijaga. Usaha menyinari manusia dan alam boleh membakar diri org yg menyerunya. Manusia penyeru (guru) boleh terbakar bukan kerana berkorban, tetapi terkorban kerana tidak mempedulikan diri sendiri. Sibuk mengajar atau mengajak org kepada kebaikan, tetapi membiarkan diri sendiri musnah tanpa kebaikan yg sama (suruh org buat baik tp diri sendiri takde usaha utk jd baik).

"Guru adalah ibarat lilin"...mungkin pernyataan tersebut adalah salah. Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w. jgn la kita sewenang2nya nak menjadi lilin:

"Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberikan cahaya ke atas orang lain dan (dalam masa yang sama) membiarkan dirinya terbakar"

Lilin itu menyinar tetapi sinarnya adalah hasil dari dirinya yg terbakar. Ia memberi manfaat kpd org lain, tp membiarkan dirinya binasa. Lilin tidak sedar ketika sibuk menghasilkan cahaya, dirinya menuju gelita dan binasa. Itulah yg sepatutnya guru2 kita elakkan.

Rasulullah s.a.w. berpesan lg dgn pesanan yg menampakkan ketelitian pada bicara dan makna, baginda bersabda:

"Perumpamaan seorang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai dan melupakan (kepentingan) dirinya adalah seperti lampu pelita yang memberikan cahaya untuk manusia dan membakar dirinya"

Seharusnya guru2 seperti ini, tahu mendidik org dan tahu juga mendidik diri sendiri. Perumpamaan yg baik itu ditujukan kpd seorg alim yang muallim. Seorg yg bkn sekadar tahu2 kemudian menyibukkn diri memberitahu, tp mudah lupe pada diri sendiri. Sesungguhnya manusia inilah yg sering menjadi lilin.

Tetapi lain plak citenya dgn pelita., menyinarkan cahaya utk org lain, dengan apa yg ada pada dirinya. Dirinya diberi hak yg sepatutnya utk terus bekerja dan berusaha. Ilmu, masa, tenaga...semua ni menghasilkan cahaya. Yg dikorbankan adalah kepentingan2 diri yg merugikan. Terbakar itu adalah pengorbanan diri dan bukannya menjadi mangsa yg terkorban.

Akhir kata, pesanan buat guru2, jgnla kamu terang sebatang hanya sepetang, kerana habis cair akibat terbakar. Jadilah lampu pelita yg sentiasa mengisi diri dgn bahan bakar utk terus bercahaya (diisi dgn ilmu penuh di dada).  Terbakarnya berterusan memberi manfaat, dan terus bekorban, bknnya tamat kerana menjadi mangsa yg terkorban, terkorban kerana lupe terhadap diri sendiri. 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'...SELAMAT HARI GURU

Segala yg baik itu datangnya dari ALLAH s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...

p/s: aku bukan bermaksud kita tak boleh mengajar org lain sbb kita tak perfect... sekurang2nya kita ada usaha utk menjadi perfect... InsyaAllah

Saturday, May 14, 2011

Bukan Semudah Yang Korang Fikirkan

(entry kali ni utk menjawab beberapa soalan yg slalu aku dpt pasal MASTER dan nasihat kepada orang2 yg nak sambung MASTER...lepas baca korang pikirla sendiri)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Janganlah menyangka suami isteri yang tiada anak itu banyak duit kerana rawatan kesuburan itu mahal harganya.
- Hamka Keretamayat


Jika ada kawan2 yang dah lama kawen tp tak dapat anak, jgn tanya soalan yg menyakitkan hati mereka seperti, "Bila nak dapat anak?" atau "Kenapa tak mendapatkan rawatan?" atau "Siapa yg mandul?" dan lain2 kerana rezeki itu Allah s.w.t. yg tentukan, berdoalah utk kebaikan mereka dan semua umat Islam.


Pernyataan di atas telah menarik minat aku utk menulis entry kali ni. Mungkin korang rase mcm ape kaitannye pernyataan diatas dengan aku buat master. Kalo nak tau, harap korang bleh baca sampai ke habes. Lepas bace nak tinggalkan komen silakan. Nak bertanya lg bagus, InsyaAllah aku cuba tolong jawabkan.




Sebenarnya sejak aku sambung master ni banyak soalan yang aku dapat. Antaranya adelah:
1. Ko buat Master kt fakulti mana? (Jawapan: Fakulti Pengajian Alam Sekitar)
2. Ko buat projek pasal ape? (Jawapan: Kaji Pencemaran Air Sungai)
3. Buat Master kena jd demo heh? (Jawapan: Bergantung pada Supervisor suruh jadi demo ke tak)


Soalan2 mcm ni aku masih boleh terima lg, tp ade beberapa soalan yg aku rase berat nak jawab. Antaranya:
1. Ko skang dah semester bape? Bile ko nak abes Master ni?
2. Aku tgk ko rilex je, ko tak masuk lab ke?
3. Ko dah bleh grad la heh tahun depan?
(Jawapan: Speechless - tolong jangan tanya lagi)


Aku paham, mungkin korang tanye sebab mungkin korang nak tau, atau caring sebab aku lama sgt kt sini (caring ke?) atau ade jgk yang sengaja nak mengejek aku (tp xpe aku jdkan itu sbg kata semangat). Aku rase lebih baik korang baca balek pernyataan kt atas td, "Rezeki itu Allah s.w.t. yg tentukan, berdoalah utk kebaikan mereka dan semua umat Islam." Aku harap korang pon buat mcm tu gak utk aku.


Mungkin ade beberapa orang yang tak paham situasi nak buat Master. Baiklah aku akan terangkan sket berdasarkan pengalaman aku sendiri. Maka, sesape yang lepas ni masih nak bertanya, lepas ni boleh fikirkan perasaan orang yg dah lama buat master ni. Sebenarnya kami sgt sensitif bila ditanya soalan tentang progress atau perkembangan master kami. Maka diam2 je la, kalo kitorg ni nak cite baru la korang tanya lebih...terima kasih.


Kepada yang nak sambung buat master gak, ni ade beberapa nasihat utk korang. Yg tak sambung master skalipon boleh amek tau masalah2 yg pelajar postgraduate hadapi, makanya lepas ni korang lebih paham dan tak tanya soalan yang mungkin boleh menyakitkan hati sesapa sahaja samada yang masih hidup atau yang meninggal dunia (perasan bagus).


1. Check latar belakang Supervisor
Maksud check latar belakang bkn bermaksud suruh tgk die umur bape, anak brape ke. Yg aku maksudkan adelah ambil tau pasal Supervisor yg bakal korang nak amek tu expert dlm bidang ape? Projek ape yang die tgh buat skang? Adekah Geran Projek masih banyak? Tahun bile Geran Projek tu luput? Soalan2 ni sbnrnye korang tak patut tanye direct kt die, tp kalo brani tanye je la. Yg penting korang kena tau, tanye la student master die ke, RA die ke atau PA die ke.


Jangan nanti bile dah buat master dgn die, baru tau yg Supervisor tu bkn expert bidang yg korang nak buat, atau baru tau geran projek dah nak abes atau tarikh luput geran lg sebulan je. Hah, tegagap korang bile dah jd mcm ni. Makanya nasihat aku, check segalanya pasal supervisor yg korang nak amek tu, jangan tersilap langkah (mcm aku...huhu)


2. Pastikan semua kemudahan makmal mencukupi, boleh digunakan dan tak ramai org yg gunakan
Benda ni paling penting sbb ianya berkaitan dgn labwork yg bakal korang buat. Sbnrnye ni berkaitan dgn Geran Projek jgk. Sebelum korg betul2 nak confirmkan utk buat master dgn supervisor ni, lawat la lab2 die dan student die dulu. Tanya2 sket kalo ade masalah yg berlaku. Contoh masalah adelah chemical tak cukup/tak ada, atau alat utk analyse data rosak, atau alatan makmal terpaksa kena beratur sebab student ramai sgt.


Ni jgk berlaku pada aku, makanya aku nak nasihat awal2. Tolong la jgn berlagak korang nak sambung master tp taknak jumpe student2 lama bakal supervisor korang tu, diorg lebih berpengalaman. Tanye mereka soalan2 yg aku dah tulis kt atas td. Kalo diorg cakap semua ok, baru la korang rase confident utk buat master dgn supervisor ni, mungkin dlm masa setahun pon korang dah boleh siap master. Tp kalo ade kekurangan, mmm, mungkin korang akan mengalami masalah sket sama mcm aku...3-5 tahun abes la kot.


3. Lebih 'hangat' daripada biasa
Haha...mcm hot.fm plak. Hangat yg dimaksudkan ade la korang kena lebih energetik, lebih kuat semangat, lebih usaha, lebih rajin, lebih segala2nya. Ni kerana korang bkn lg level degree yg sentiasa diberi je. Bile dah smbg Master atau Phd, Supervisor akan beri guide atau tunjuk ajar je, semuanya akan dilakukan sendiri. Tp kalo tak tau jgn la tak tanye plak, cumenya jgn slalu bertanya. Kite kena cuba usaha dulu utk mendapatkan jawapan utk setiap persoalan. Kalo betul2 tak dpt baru la jumpe Supervisor korg tu.


Pastu plak, buat master mmg senang sbb korang hanya perlu fokus pada research yg korang buat je (senang ke?). Korang hanya perlu hadir ke kelas yg hanya 9jam kredit sepanjang pengajian (3 kelas je). Jd ape je lg kan yg korang nak fokuskan selain projek korang je. Makanya rajin2 la utk buat labwork, masuk lab siang malam pon takpe. Kalo korang rajin InsyaAllah korang akan siap lebih awal.


Sebenarnye itu hanya persediaan sebelum korang nak sambung blaja, tak kire dalam bidang Master atau Phd. Skang aku nak cite plak ape yg bakal berlaku setelah korang dah dapat data, dan tengah tulis thesis.


1. Paper/Journal
Korang perlu menghantar SATU paper/journal (utk level master) atau publish DUA paper/journal (utk level Phd) kepada laman2 web yg slalu korang baca journal tu, cthnya: scopus, marine science and technology, elsevier dan byk lg la. Nanti korg bleh tanya student atau supervisor korg nanti. Dan utk menghantar journal ni bkn mudah, utk level master mungkin senang sbb kena hantar je tp utk level Phd agak susah sbb korang kena publish, kalo byk kesalahan dlm journal kemungkinan paper anda akan ditolak. Makanya kalo terdapat sebarang kesilapan dlm paper tu, korang kena la betulkan smpila betul2 diorang nak terima, tak kesah la korg level master ataupon Phd.


2. Thesis
Lepas korg dah hantar journal, baru la korang bleh hantar thesis plak kepada Sekolah Pengajian Siswazah (GSO) utk diberikan kepada Panel2 yg telah dipilih oleh Supervisor kite sendiri. Selagi korg tak hantar journal, korang tak boleh lg hantar thesis, sbb ini merupakan syarat utama utk hantar thesis. Tapi bukan semudah tu. Selepas korang dah hantar surat kpd GSO yang mengatakan korang dah hantar paper/journal, korg kena tunggu sampai GSO memberi maklum balas tentang pemilihan panel2. Kadang2 ade gak panel yg ditolak disebabkan diorg bkn bidang projek kite. Makanya kena la tunggu smpi GSO beri maklum balas. Lepas tu baru la korang bleh hantar thesis.


3. Viva (Presentation Final)
Lepas korang hantar thesis, panel akan diberi masa lebih kurang 3 bulan (tu pon kire awal) utk menyemak thesis kite. Lepas diorg dah semak, kita akan buat presentation mengenai projek kite (ala mcm presentation yg slalu kite buat dlm kelas tu, lebih kurang je cuma debaran tu laen sket la). Masa tu panel akan bertanya la pasal projek kite dan seharusnya kite dpt menjawab dgn confidentnya. Habes je viva panel akan beri kite semula thesis yg diorg dah semak, mesti ade kesalahan punye dan kite kena betulkan. Tp kalo viva kite teruk sgt, kemungkinan kite kena ulang semula viva.


Lepas dah betulkan thesis, kite hantar ke GSO dan kite sudah bergelar pelajar lepasan siswazah. Kite hanya tunggu konvo je, best kan bile semuanya selesai. Tp korang kena tau, semua benda ni berlaku paling cepat pon 6 bulan. kalo terlepas waktu konvo kena la tunggu setahun lg. Jd jangan la bertanya kepada pelajar master atau Phd ni bile nak abes, sbb kadang2 bukan masalah diorg malas ke, tp masalah2 laen...mcm ni la.



Janganlah menyangka buat master itu senang hanya kerana nampak aku rileks je kerana kerosakan mesin dan kekurangan bahan kimia membuatkan aku perlu lebih rileks menghadapinya.
- Cenderawasih Putih


Kepada semua, rasenye korang dah tau serba sedikit perjalanan nak buat master ni, bukan semudah yang korang fikirkan. Jd harap lepas2 ni jangan la tanye soalan yang bukan2. Kepada yang dah tau, korang sampai2kanlah pada yang tak tau, mungkin sbb diorg tak bace blog aku kot. Kepada yg bakal sambung master, korang jangan down plak lepas baca blog aku ni, kuatkankan semangat. InsyaAllah korang semua mampu melakukannya. Berusahalah...


"Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Ath-Thalaq: 3)


Semua yang baik datangnya dari ALLAH s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam..


p/s: setiap universiti ade cara tersendiri untuk pengajian lepasan siswazah...korang kena cari sendiri la heh kalo nak sambung kt universiti laen, kalo kt UPM bleh tanya aku...

Wednesday, May 11, 2011

Minum Berdiri di Pesta Buku Antarabangsa 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Rasenye ni entry terakhir untuk kenangan bulan April yang lepas. Kalo tak silap la, pada 27 April 2011 iaitu hari Rabu, aku bersama beberapa orang sahabat dan rakan-rakan telah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Berbekalkan duit yang tidak seberapa (sbb dah hujung semester), ade yg bercadang nak beli buku yang murah2 je, dan ade juga yg bercadang utk pg jalan2 tengok2 je...hehe


Sebelum bertolak, kami sempat bertekak macam mane nak pg ke sana tanpa menempuhi pelbagai masalah. Ade yg bg cadangan nak parking moto kt KTM Serdang pastu naek train smpi Putra, ade yg nak naek bas metro smpi puduraya pastu naek LRT smpi PWTC (ni cadangan aku), dan ade plak yg sanggup berpanas naek moto je ke sana. Walau ape pon caranya, semua org selamat smpi ke destinasi.


Sesampainya kt sana, selepas solat zuhur kami pon memulakan langkah. Kami telah berpecah kepada tiga kumpulan (mcmane bleh berpecah pon aku tak tau). Walaupon hari tersebut bukan hari minggu dan masih lg dlm waktu bekerja, PWTC begitu sesak dgn orang yg kebanyakannye bebudak skola. Yg klakanya diorg semua beli komik Gempak, Gila-Gila dan yg sewaktu dengannya, biase la...blom matang lg kot.


Nak dipendekkan cite, semua orang ade membeli buku yg masing2 minat. Tidak ketinggalan aku, (ade gak beli...mane bleh kalah). Buku yang aku beli (tak banyak, satu je) adelah Sirah Nabawiyyah karya Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri yang diterjemahkan oleh Muhammad Ramzi Omar, cetakan keenam. Harga di pasaran adelah RM60 tp aku dapat tawar smpi harganya RM40 (student price katanya).
Ni la buku yang aku beli...tp tak sempat nak baca lagi
Mungkin ramai yg tertanya, antara beribu atau mungkin berjuta buku yg ade kt Pesta Buku tu, nape buku ni menjadi pilihan. Sbb aku tak byk duit masa tu, dan aku hanya perlu pilih buku yg terbaek saja untuk dibeli. Dan aku pilih buku ni sbb kite perlu la tau kisah Nabi kita sendiri. Jangan la kita hanya mengetahui sejarah runtuhnya kota Melaka, sejarah pembukaan Singapura atau Hikayat Merong Mahawangsa tetapi kisah2 keputeraan Rasulullah s.a.w., kisah2 baginda menerima wahyu, berdakwah, berhijrah, berperang, dan akhirnya wafat, kita tak tau pon.


Jangan la kita berlagak jika mampu menjawab apabila ditanya pada tahun bile Melaka diserang Portugis, atau bile Stamford Raffles membuka Singapura atau apakah nama tempat yg diperintah oleh Merong...tetapi apabila ditanya siapakah yang menjaga Rasulullah s.a.w. yg paling baginda sayangi setelah kedua ibu bapa baginda tiada, mengapa pada umur Rasulullah s.a.w. 50 tahun dikatakan pada tahun itu "Tahun Dukacita", atau apakah yang dilakukan oleh baginda pada hari-hari terakhir sebelum Rasulullah s.a.w. wafat?...kita tidak mampu untuk menjawabnya. Sekurang2nya dgn membeli buku ini atau yg seumpama dengannya kita boleh menambah pengetahuan mengenai kisah2 Nabi Junjungan kita sendiri, Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan kekasih ALLAH s.w.t.


Setelah hampir 6 jam berpusing2 dalam PWTC dan semua dah puas membeli, akhirnya kami berasa lapar dan kami pon mencari makanan di The Mall berhadapan je dgn PWTC tu. Setelah makan kami pon pergi utk menunaikan solat magrib di surau. Ade satu nasihat yang telah ditampal di dinding surau tersebut yang aku ingin kongsikan bersama dgn korang semua, dan aku yakin korang semua pasti pernah buat benda ni. Nasihatnya lebih kurang mcm ni:


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah dia berusaha untuk memuntahkannya." (H.R. Ahmad)

Aku yakin mesti korang semua penah buat kan? Maka lepas ni cuba la untuk kurangkan atau tak buat langsung perangai ni, sbb bila Rasulullah sendiri yang bersabda bg nasihat, maknanya ade la kemudaratan kalo kite minum atau makan sambil berdiri. Wallahualam.. Rasenye kalo korang rajin bleh cari sendiri kesan buruk jika kita minum sambil berdiri, mesti ada punya (maaf la, aku kurang rajin masa ni nak cari). Akhirnya kami pulang dan tiba di kolej lebih kurang pukul 11, hampir seharian keluar bejalan2 tp sekurang2nya dapat jugak ilmu yang baru.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

Monday, May 9, 2011

Hari Keluarga Geng Bi'ah Solehah 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Entry kali ni masih nak cite lg ape yg berlaku bulan lepas iaitu bulan April. Kali ni nak cite pasal Jamuan GBS 2011. GBS tu name penuhnya bknnye Geng Bas Sekolah tp sebenarnye Geng Budak Surau. Idea program ni dicetuskan oleh seorang sahabat aku saudara Hafis, yg berkeinginan utk makan simple2 je katanya pada malam meeting AJK surau pada malam tu.


Aku pon kononnye dtg meeting sbb nak tgk2 je, ape la yg slalu dibncgkn dlm meeting surau, kalo meeting budaya dan kiosk aku dah tau dah...makanya pd malam tersebut aku dtg la meeting, atas ajakan seorg lg sahabat, saudara Muhaimin (tp die plak yg tak datang...cis). Nk dipendekkan cite, tak semena2 aku dilantik menjadi Pengarah Program Jamuan tu.

Mula2 rase mcm nak tolak, tp bile pikir balek dah lame aku tak jd "orang kuat" dlm sesuatu event, kali terakhir pon masa aku jd MTM dulu. Jd aku gune peluang ni utk refresh balek semangat dan keazaman yg membara dalam diri aku utk menjadikan sesuatu program tu meletupz (perasan bagus).

First meeting mmg aku hang, tak kenal sesape melainkan bdk laki je. Agak malu2 jgk la aku dgn diorg ni terutama muslimah, ye la orang surau la katakan, nk pandang muke pon tak berani, aku pandang tmpt laen je (perasan beriman). Lepas bgtau ape yg patut dibuat, masing2 pon buat keje seperti yg diarahkan.

Lupe plak, mase dah dpt jawatan pengarah program tu, terus aku terbayangkan sesuatu yg diluar jangkauan pemikiran. Aku nak buat jamuan yg bukan sekadar makan2 je, tp ade gak permainan, dan aku nak buat benda ni kat luar. Perancangan asal nak buat dlm Dewan Kenyalang je, siap nk deklamasi sajak lg. Tp bg aku ni bkn cara yg terbaek utk meraikan Final Year dan utk menjadikan sesuatu memori terakhir yg terindah yg terpahat dlm hati masing2. Makanya aku pon mengeluarkan la idea ni kepada semua AJK dan mereka bersetuju. Nama program pon telah diubah menjadi Hari Keluarga Geng Bi'ah Solehah 2011.

Hari yg dinantikan telah tiba. Pada 19 April 2011 bertempat di Bukit Ekspo pada jam 8 pagi semua peserta telah berkumpul. Aktiviti pertama adelah sarapan ringkas iaitu makan kuih dan minum teh O. Pada hari2 sebelum ni kami AJK agak risau kalo2 hujan pada hari tersebut tp Alhamdulillah dgn izin Allah program dpt dijalankan, mungkin objektif kami baik iaitu nak mengeratkan ukhwah sesama muslim.



Selepas makan dlm pukul 9, permainan pon dimulakan. Muslimin dan muslimat telah dibahagikan tapak yg agak jauh supaya tak nampak la apa yang sepatutnya kita tak patut nampak. Maka aku sbg pengarah muslimin hanya dpt melihat game yg dijalankan di tmpt muslimin je. Aktiviti yg dijalankan agak menarik, peserta dilihat sungguh seronok dan aku mengharapkan mereka juga menganggap game tersebut menarik.




Game yg terakhir adelah game 'pecah belon di kaki' yg pesertanya hanyalah final year shj. Game yg terakhir agak ganas, masing2 cube memecahkan belon pihak lawan. Dan akhirnya tinggal la 2 org peserta iaitu saudara Rohaizam dan saudara Azizi. Rohaizam memulakan serangan dahulu tetapi smpt dielak oleh Azizi. Malangnya selepas beberapa kali percubaan Rohaizam telah terjatuh dan Azizi mengambil peluang utk memecahkan belon di kaki Rohaizam. Akhirnya kemenangan berpihak kpd saudara Azizi (mcm pengulas bola sepak plak).

Selepas game, tiba masa utk mkn makanan berat plak iaitu sphageti bolognese dan nasi tomato beserta air teh O sejuk (letak ais je yg pg td punye...hehe). Selepas makan, tiba la saat kemuncak iaitu penyampaian hadiah kepada final year yg hadir, mantan2 sekt sahsiah juga pemenang game tadi. Pemenangnya adelah group D utk muslimat dan group B utk muslimin (Budak Budak Budak....cheers diorang). Program tamat pada pukul 12tgh.



Akhir kata, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yg menyokong program yg telah kami rancangkan dan aku nk ucapan terima kasih gak pada semua AJK yg terlibat dlm menjayakan program ni. Mintak maaf jika terdapat sebarang kekurangan, terkasar bahasa atau ape2 sahaja yg telah menyakitkan hati korang. Semoga pengarah program tahun depan bleh buat program yg lebih meletupz lg.....InsyaAllah

Sesungguhnya yg baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu telah disandarkan atas kelemahan dan kekurangan diri sy sendiri. Wallahualam...

p/s: nak ucap terima kasih gak kt saudara Hasif sbb jd kameraman tak sengaja pd program tu, ni la antara hasil2 gmbr tangkapan beliau...