I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 21, 2012

Hukum Menyambut Hari Ibu / Bapa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Hari Ibu / Mother's Day merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa, bukanlah hanya terhad kepada hari2 tertentu sahaja seperti hari ibu atau hari bapa.

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'Ah', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Israa', ayat 23-24)

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, "Hari Ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka."

Masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-mengikut. Bila orang kafir sambut Hari Valentine, kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut April Fool, kita pun 'fool' sama! Bila orang kafir sambut Hari Ibu atau Hari Bapa, kita pun nak buat sama! Kalo kita sambut Hari Raya, ade korang nampak orang kafir nak sambut jugak?

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)


Pada pendapat aku yang bukan ustaz ni, tak salah untuk kita lebih menyayangi ibu dan bapa kita pada hari2 tertentu, cuma janganlah pada hari2 di mana orang kafir sedang menyambutnya. Kita boleh lebih menyayangi mereka ketika hari kelahiran ibu dan bapa kita, atau hari kelahiran kita sendiri, asalkan tidak menyamai dengan orang kafir.

Cara menyambutnya seeloknya ikutlah ajaran Islam seperti membuat kenduri kesyukuran ke, baca doa untuk kesejahteraan mereka ke, belanja ibu bapa makan ke, bawak pegi jalan2 ke... daripada buat parti atau pergi ke tempat maksiat yang selalunya dilakukan oleh orang2 kafir.

There's no one in this world that can take your place
I'm sorry for ever taking you for granted
I will use every chance i get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love like you love me
Only gor knows how much you mean to me

Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
Love you mama

Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~


p/s: selamat Hari Guru untuk mama jugak...

Thursday, April 5, 2012

Putus silaturrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


"Dua pemuda yang berkasih, bersaudara dan bersahabat kerana Allah akan mendapat perlindungan Arash di hari yang mana tiada lagi perlindungan" - Khutbah Jumaat

Semalam ade chating sket dgn sorg sahabat, sbb pelik tgk dia asyik post kt fesbuk pasal sahabat je. Rupa2nya dia ade masalah dgn sahabat die. Sahabat die taknak mengaku salah, tp tuduh sahabat aku ni plak yg salah. Dia cuba utk berbaik semula tapi sahabat die ni tak nak terima dah... Sahabat aku ni sgt down skrang, dan aku cuba tenangkan dia

Bukan senang nak menjaga hati seseorg, terkadang kita terpaksa mengorbankan perasaan sendiri. Org berbuat kasar pada kita tp kita balas dengan kebaikan. Tak semua org mampu buat. Sebenarnya inilah cara yg betul sebagaimana yg diajar oleh Rasulullah sallallahu alaihi wassallam.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau bercerita; Ada seorang mengadu kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai beberapa saudara di mana saya menghubungkan silaturahim dengan mereka tetapi mereka memutuskan hubungan silaturahim dengan saya. Saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya. Saya berlemah lembut dengan mereka tetapi mereka tidak tahu diri. Baginda sallallahu alaihi wassallam bersabda: Seandainya kamu benar-benar seperti yang kamu katakan, maka seakan-akan kamu menelan abu yang sangat panas dengan mereka. Dan Allah sentiasa memberi pertolongan kepada kamu atas perbuatan mereka selama kamu tetap berbuat demikian.

Rasulullah mengajar kita untuk sentiasa berbuat baik kepada org lain, walaupun org tersebut berbuat jahat dan telah memutuskan tali silaturahim. Jangan la kita ikut sama memutuskan persaudaraan kerana kita juga akan ditimpa azab yang sama sebagaimana azab yang bakal menimpa bagi org2 yg memutuskan persaudaraan..

Daripada Abu Bakar r.a., Rasulullah sallallahu alaihi wassallam bersabda, "Tidak ada dosa yang layak disegerakan hukumannya di dunia dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturahim." (HR at-Tarmizi)

Daripada Jubair bin Muthim, Rasulullah sallallahu alaihi wassallam bersabda: "Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim." (HR Bukhari)

Adalah HARAM bagi saudara memutuskan tali persaudaraan / silaturahim sesama manusia berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu alaihi wassallam yg diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a.:

لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثٍ يَلْتَقِيَانِ فَيَصُدُّ هَذَا وَيَصُدُّ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ
Tidak halal kepada seseorang Islam menjauhi saudaranya lebih dari 3 hari. Apabila bertemu masing-masing berpaling ke arah lain dan yang paling baik antara keduanya ialah yang memulakan salam. (HR Bukhari dan Muslim)

Zaman skrang mmg susah utk jumpa sahabat yg baik. Lebih susah lagi utk mengekalkan hubungan yg sedia ada. Semoga kita semua dikurniakan sahabat yang mampu membawa kita ke arah kebaikan. Teman semasa gembira mmg ramai, tp teman semasa sedih susah dijumpai. Sentiasalah berbuat baik pada sahabat anda..

"Maka apakah kiranya, jika kamu sekalian berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim? Mereka itulah orang yang dilaknat Allah dan dipekakkan telinga dan dibutakan penglihatan mereka" (Surah Muhammad, ayat 22-23)


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...Wallahualam

p/s: semoga Allah mengampunkan dosa aku dan sahabatku

Monday, April 2, 2012

Suka Duka MASP - Gala Masquerade Dinner

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Setiap tahun kolej aku mengadakan jamuan untuk meraikan pelajar2 tahun akhir yg banyak memberi sumbangan kepada kolej. Alhamdulillah...buat kali ke-7, dpt aku skali lagi meraikan jamuan pelajar tahun akhir, Malam Anugerah Seri Perdana (MASP) bersama rakan2 dan sahabat2 yg disayangi. Dan seperti tahun2 yg sebelumnya, dinner kolej kali ni banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit dlm hidup aku...

Perjalanan MASP aku bermula dengan mencari topeng, memandangkan tema adelah masquerade. Maka aku bersama2 rakan2 yg lain dgn gigihnya mencari kat Mines. Diorg ade jgk yg nak beli baju tp aku nk dptkan mask je. Ni la mask yg aku beli pada asalnya:


Sebenarnya ade terfikir, bdk2 kolej yg lain mesti ade beli kt tempat yg sama jgk sbb dekat. Maka aku mengambil inisiatif utk mengubahsuai sket mask yg aku beli ni. Dibantu oleh cik Mila dan ditemani cik Tasha, kami sama2 mencari idea dan mengubahsuai ape yg patut. Tersangat berpuas hati dgn hasil tangan diorg dan ini lah hasilnya:


Pada malam tu, ramai yg pakai cantik2...sewa baju dari butik (aku tak mampu la). Kalo nak ikutkan memang membazir. Tp bile difikirkan semula, bila lagi kita nak pakai. Bile dah keje nanti takde semua benda ni. Maka aku terima je la ape yg diorg buat, sebab aku pon gigih berbelanja beli dan ubahsuai mask...hehe

Malam tu jgk, beberapa rakan dan sahabat berjaya memenangi anugerah2 kolej. Mmg tak dinafikan diorg mmg layak, atas usaha yg diorg buat utk kolej. Walaupon aku x diraikan, tp aku dpt jugak hadiah malam tu. Hadiah paling besar iaitu cabutan paling bertuah...ramai yg jeles. Mane taknye, aku dapat hamper besar bleh makan, diorg dapat piala dan sijil...bleh makan ke? hehe~


Pernah tak sesiapa bertanya, apekah hukum cabutan bertuah? Ke selama ni korg mmg xkesah pon, menang hadiah melompat2 gembira. Aku sebenarnya tertanya2 dan aku dapat penjelasan yg terperinci oleh Ustaz Zaharuddin dalam laman ni. Kesimpulan yg diberikan, cabutan bertuah halal sekiranya:
1. Hadiah didermakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan
2. Hadiah diambil oleh sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yg lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan
Semoga hadiah yang aku dapat ni adelah halal dan dibenarkan dalam Islam.

Selepas tamat majlis, aku bersama rakan2 berjalan2 di sekitar Putrajaya. Punya la pusing2 kt Putrajaya bepuluh2 kali semata2 nak pilih port yg menarik utk amek gambar, akhirnya kami pilih jambatan depan PICC. Walaupon agak mengantuk mase tu, dpt jgk la amek gmbr2 menarik. Semoga gambar2 ni menjadi kenangan terindah kami bersama. Friends Forever~


Walaupon ade suka, pasti ade duka. Tp tak perlu la aku cerita kt sni, yg penting masing2 gembira pada malam tu (walaupon aku sedih). Aku mengharapkan persahabatan kita semua tetap kekal selamanya walaupon jauh di mata tetapi dekat di hati dan teringat sentiasa dalam ingatan. Semoga Allah menjadikan pertemuan kita yang diredhai dan perpisahan kita yang diredhai...

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...Wallahualam~

p/s: Friends Forever...bukan milikku :(

Wednesday, March 21, 2012

it hurts..

You used to captivate me
By your resonating light
But now i'm bound by the life you left behind

These wounds won't seem to heal
This pain is just to real
There's just too much that time cannot erase

I've tried so hard to tell myself that you're gone
But though you're still with me
I've been alone all along

My Immortal - Evanescence


:'(

Sunday, March 18, 2012

Doa untuk Saudara Seagama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

"Tuhan tolong lembutkan hati dia, untuk terima ku seadanya
kerna ku tak sanggup, kerna ku tak mampu, hidup tanpa dia disisiku"

Suatu hari Jumaat, aku telah datang awal utk mendengar tazkirah sebelum Khutbah Jumaat (perasan beriman). Walaupun agak ringkas, hanya 5 minit sahaja tapi sudah cukup memberi impak kepada aku yg memang mencari2 ketenangan.

Tazkirah yang diberikan adelah berkaitan dengan doa. Ustaz tersebut menyatakan, jika kita mendoakan kebaikan untuk saudara kita, nescaya 10 malaikat akan meng'amin'kan doa tersebut dan mendoakan kembali kepadanya.

Bayangkan, kite manusia hina ni, hanya mendoakan utk saudaranya tetapi kita dibalas dengan doa2 para malaikat, tak mahukah kita semua? Kenapa aku ckp kita ni hina, kita ni dikeluarkan dari dua kemaluan iaitu dari pancutan kemaluan lelaki dan dilahirkan keluar dari kemaluan perempuan, tak ke hina tu (ni ustaz tu sendiri yg cakap)...

Ustaz tersebut menambah, doa org Islam ini akan dimakbulkan dgn 3 cara:
1. Dimakbulkan ketika di dunia ini
2. Jika tidak di dunia, dimakbulkan di akhirat kelak
3. Jika tidak, kebaikan yang didoakan diganti dengan menghilangkan keburukan yang sama maksud dengan kebaikan itu tadi

Kemudian suatu hari seorang sahabat telah msg berkaitan perkara yang sama:

"Jika Allah telah memakbulkan doamu, Dia telah mengukuhkan kepercayaanmu. Jika Dia menangguhkannya, Dia menguji kesabaranmu. Jika Dia tidak memakbulkan doamu, jangan berputus asa. Dia telah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui segala sesuatu."

Ustaz tersebut menambah lagi, jika kita berdoa kepada Allah, Allah akan malu untuk tidak memakbulkan doa kita. Nampak tak di situ, Allah pun malu untuk tidak memakbulkan doa2 hambaNya. Hanya kita ni je yg belagak bagus padahal hina, taknak berdoa kepada Allah... lepas sembahyang terus bangun, cepat2 balik bilik sebab nak menghadap fesbuk

Marilah kita sama2 mendoakan kebaikan dan kebahagiaan kepada sahabat2 kita, semoga Allah memberikan 10 malaikat yang akan mendoakan kita kembali...Insya-Allah

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya yang hina dan berdosa ini...Wallahualam

p/s: semoga doaku dimakbulkan... 

Ketenangan dari Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Suatu hari aku ade menonton rancangan Dikir Zikir yg disiarkan di TV Alhijrah. Ade sorang ustaz yg aku terlupe namanya memberitahu tentang satu perkara yg memang sangat berkaitan dgn diri aku skrang ni. Ayat yg diungkapkan beliau adelah seperti ini:

"Walau kita beli tilam tebal mana sekalipun, tetapi yang bagi lena adelah Allah. Walau kita mandi dengan pancuran air sejuk sekalipun, yang bagi kesegaran adelah Allah. Walau kita ade banyak duit sekalipun, yang memberi kita ketenangan adelah Allah"

Pada malam tersebut, aku dikejutkan dengan msg seorang kawan yang mengingatkan aku kepada ungkapan ustaz tersebut. Msg kawan aku lebih kurang begini:

"Ala...takyah la lari lama sangat...takkan tenang punya ko...lebih baik ko selesaikan"

Ape yg disampaikan olehnya, walaupun dia aku anggap masih blum cukup matang lagi, tapi ape yg disampaikan telah mematangkan aku. Memang betul... Walau aku lari jauh sekalipun, walau aku lari lama manapun, aku tetap tidak pernah tenang... sebab ketenangan itu dari Allah

Semoga kesalahanku telah dimaafkan...

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~

p/s: terima kasih sahabat2 dan kawan2 yang memberi semangat... korang banyak memperbaiki diri aku

Saturday, March 10, 2012

Ape Aku Dah Buat Ni...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Subhanallah... adekah itu benar2 berlaku...aku tak pasti, samada aku mimpi atau mmg betul terjadi... tp aku rasa sgt bersalah... aku terasa sgt berdosa... aku sgt2 nak mintak maaf... ya Allah, kenape aku rase mcm ni...

Wahai sahabat2 dan kawan2 sekelilingku... jangan la tinggalkan aku walaupon aku banyak buat dosa... bimbinglah aku ke jalan yang benar... sblom ni aku lebih teruk... dan mungkin sekarang aku masih teruk... aku sedang nk belajar tingkatkan iman... jangan biarkan aku kembali tersasar dari jalan yang benar... pimpinlah aku ke tempat yg diredhai... ya Allah, aku sangat berdosa...

Aku tak pasti ape yg aku buat... tp sesungguhnya aku bertaubat... aku taknak jadi munafik, penampilan Islam tapi dalam hati tak amal Islam... org panggil aku 'ustaz' tp sbnrnya masih buat dosa... ya Allah, aku malu dgn diri sendiri... aku malu dgn sahabat2... aku malu dgn kawan2... aku malu pada segalanya...

Aku rase mcm nak suruh sesiapa tampar aku, tumbuk aku, sebat aku... sambil nasihat aku... supaya aku lebih sedar dgn dosa2 yg aku dh buat... aaarrrgghhh...ya Allah, kenapa aku mcm ni!!!

p/s: maafkan aku...