I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 20, 2011

Masuklah kau kedlm NERAKA (Part 1) ~khas utk Pompuan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Memandangkan ramai follower aku dr golongan pompuan (perasan ramai), maka rasenya wajar la aku menasihati mereka2 ni. Diingatkan sekali lg bhw aku bkn ustaz atau imam muda tp ape yg aku cube smpikn adela perkara yg baik dan benar, maka ikutla ape yg dinasihatkan, jgn la direnung pd org yg sdg menasihati ni, sbb aku masih byk lg kekurangan ilmu agama dlm hidup. InsyaAllah aku cube memperbaiki diri...

Pompuan mmg senang sbnrnye nk masuk syurga. Daripada Anas, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (H.R. Ahmad)

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, "Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?" Rasulullah s.a.w. terus menjawab: "Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur."

Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya."

Tetapi malang skali, syg2 seribu kali syg (mcm lagu plak)...pompuan lebih ramai yg masuk ke neraka. Dlm Kitab Muhimmah disebutkan hadis Rasulullah s.a.w mengenai 4 ciri pompuan ahli neraka:
1. Pompuan yg bermulut jahat kpd suami (perangai mcm setan). Jika suami xde kt umah, maruah dirinya x dijaga. Dan jika suami ada dia suke sakiti hati suaminya dgn kata2nya.
2. Pompuan yg menuntut itu ini (mintak mcm2) dr suami diluar kemampuan suaminya.
3. Pompuan yg xmemelihara auratnya didpn lelaki ajnabi (lelaki asing) dan suke kluar umah memakai perhiasan utk kelihatan lebih cantik (nk menunjuk2...sng cite gedik la)
4. Pompuan yg kejenya hanya tau makan tido, xmengerjakan sembahyang dan xtaat pd Allah, Rasulullah dan suaminya (pemalas punye pompuan)

Saidina Abu Bakar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia.”
 
Berikut merupakan antara seksaan/hukuman dlm api neraka kpd pompuan2 yg melakukan dosa:
1. Pompuan yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih 
Pompuan yg x menjaga rambutnya (di tudung/jilbab) dr kelihatan dikalangan lelaki

2. Pompuan yang digantung dengan lidahnya serta tangan diikat dari punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya
Pompuan yg menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya.

3. Pompuan yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya
Pompuan yg menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Pompuan yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
Pompuan yg keluar rumah tanpa izin suaminya, x mandi wajib selepas dr haid dan nifas
   
5. Pompuan yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.
Pompuan yg bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan aib orang lain.

6. Pompuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
Pompuan yg suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang ramai, dengan maksud supaya mereka (orang ramai) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya.

7. Pompuan yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.
Pompuan yg mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, tp dia xnk berwudhu dan xsolat dan xnk mandi wajib.
   
8. Pompuan yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan keldai yang mendapat berjuta macam siksaan.
Pompuan yg suka mengadu-domba serta berdusta.

9. Pompuan yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.
Pompuan yg merupakan ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
 
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?" Rasulullah S.A.W bersabda: "Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu."

Wanita itu bertanya lagi: "Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama"

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka."

Sesungguhnya yg baik itu dtg dr ALLAH s.w.t. dan yg buruk itu telah disandarkan atas kelemahan dan kecetekan ilmu yg sy ada...Wallahualam...

p/s: jgn ingat lelaki xmasuk neraka plak...nantikan Part 2

No comments:

Post a Comment