I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 19, 2011

Sunnah Rasulullah s.a.w.

(Mata xmengantuk lg walaupon jam dh menunjukkan kul 3 pagi. Sahabatku tido dgn lenanya smbl berguling2 kanan dan kiri di atas katil tp aku masih xde feel lg utk mengikut gerak-gerinya. Tetiba teringat nk buat entry baru, maka bermulalah sekali lg sebuah manifestasi)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

"Tercipta satu lembaran sejarah, di tanah Kolej Kedua, 
Hari yg mulia penuh syahadah, bermulalah sebuah kisah.
Hari Selasa pagi yg indah, 12 Rabiulawal yg cerah,
15 Februari Tahun Arnab, bangunnya kolegiat Kolej Kedua"

Habis rosak lirik aku buat..haha. Ceritanya bermula seawal jam 8pg hari Selasa sebahagian kolegiat telah berarak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w mengelilingi Kolej Kedua. Terasa bangga bile semua bdk kolej laen masih lena dibuai mimpi tp kolej kedua telah 'hidup' utk berselawat. Terasa sgt pelik gak bile tahun ni tetiba xde perarakan yg dianjurkan oleh UPM. Xpe la, aku doakan semoga UPM yg kusygi ni berubah jd lebih baek.

Walaupon sahabatku pernah membidas kata2ku dgn mengatakan "Buat ape nak berarak kalo penghayatannya xde". Oleh sbb aku xnk la gado2 buat hati gelap je nanti, makanya aku senyap je la. Tp aku nak balas dlm blog ni je "Bile lg kite nk tunjukkan rase cinta pd Nabi? Bile lg kite nk ingat Nabi? Bile lg kite nk berselawat sebanyak2nya? Nape besday sendiri nk raikan gempak2 tp besday nabi kite xnk raikan?"

Di situasi ni terdpt 2 kasihan:
1. Kasihan pd umat zaman skrang sbb aku yg jumpe mereka bg nasihat sdgkn aku bkn nabi atau ustaz atau imam muda, maka kata2ku yg xberhikmah atau xpandai agama atau ckp ikut sedap mulut je ni menyebabkan mereka makin jauh dr agama, sepatutnya Nabi yg jumpe mereka, baru mereka dpt hidayat..isk3..(nangis)
2. Kasihan kt aku, nk ajar benda baek tp Nabi xde disamping aku, bile aku kena marah, kena bidas, kena ejek, aku xde tmpt nk mengadu...nabi dh xde, aku rindu padamu ya Rasulullah, tolong la aku...tp xpe, aku ade Allah, hanya pd Allah saje la aku bleh mengadu...isk3..(nangis lg)

Tp ape yg sahabat aku ckp tu ade btulnye, adekah kite lebih menghayati dan mencintai Rasulullah s.a.w. ketika berarak berselawat keliling kolej? Kalo jwpn ya, anda mungkin pembohong yg kita cari. Aku nk tanye sket, adekah korg mencintai Rasulullah s.a.w. sdgkn korg (termasuk aku) masih xmencontohi sunnahnya dan masih buat ape yg ditegah olehnya?

Bile tgk kawan simpan janggut, ckp mcm kambing, tgk kawan pakai jubah pakai serban, ckp poyo nk jd org alim konon, tgk kawan pakai kayu sugi, ckp pengotor, tgk kawan pakai celak, ckp kawan mcm pondan atau nk jd black metal, kawan pakai minyak atar, ckp bau busuk (pale hotak kau semua benda nk komen). Itu tandanya amal sunnah belum ada dlm diri sbb diri tu kotor smpi Sunnah nabi menjadi hina bg korg...

Dulu pernah org tanye aku (perasan imam muda lg...anda tanya sy jawab), ape beza antara sunat dan sunnah? Time tu aku mmg xtau nk jwb maklumla ilmu xcukup lg tp skrang yg aku mampu jwb (setakat yg aku tahu) ade la:
Sunat: Bile kite buat dpt pahala byk, tp bile xbuat kite rugi
Sunnah: Bile kite buat dpt pahala byk gak, tp bile kite xbuat Nabi xmengaku umat

Amalan yg utama dlm Islam adelah amalan ikut cara/sunnah Rasulullah s.a.w. Sape yg solat xikut cara nabi, atau kahwin xikut cara nabi, atau sembelih korban xikut cara nabi, dan laen2 maka amalan mereka boleh dikira x sah, boleh jatuh haram dan boleh jd masuk neraka...solat perintah Allah, tp yg melalaikan atau melengahkan solat boleh masuk neraka, itu yg solat, yg x solat lg la, ade hadis ckp dh jd tahap mcm org kapir

Ade satu kisah di zaman pembukaan kota Mekah, Washi telah masuk Islam dan berjumpa Rasulullah s.a.w. mengaku beliaulah yg bunuh bapa saudara Nabi, Hamzah r.a. Nabi Muhammad s.a.w. yg masih belum lupa kejadian lalu telah menasihatkan Washi agar xbertentangan mata dgn beliau, maka Washi sepanjang hayat Nabi dan dlm majlis Nabi sentiasa berada di bahagian belakang Nabi.

Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, dan apabila para Tabieen (org yg hidup di zaman para sahabat) nk blaja sunnah Nabi, mereka belajar dr pelbagai sahabat, dan yg menariknya, utk belajar rupa sahabat dr belakang, Washi la org yg plg tepat dlm meriwayatkn hadis ttg sunnah rupa Nabi dr pndgn belakang.

Maka kite check diri kite semula, usahkan sunnah Rasulullah s.a.w. pdgn blkg, sunnah pdgn depan pon masih ramai yg xtau, masuk tandas cara nabi, makan cara nabi, tidur cara nabi, pon ramai yg xtau. Dh xtau bodoh sombong xde usaha nk cari atau blaja, yg tau maen pesbuk update blog (bagus la perangai). Mengaku cinta Rasulullah, tp sunnah Nabi xde dlm cita2 utk diamalkan.

(Ni adelah hadis sahih tp aku lupe ayat sbnrnye...lebih kurang mcm ni la):
Satu peristiwa di padang mahsyar, Rasulullah s.a.w. akan beri minum air dgn tapak tangan beliau kpd umatnya dr telaga kautsar yg mana sesiapa yg minum air ni xkn dahaga selama2nya. Tiba2 satu golongan yg mukanya bercahaya kesan wuduk yg sempurna telah ditahan malaikat dr meminum air tersebut. Rasulullah s.a.w. bertanya kpd malaikat kenapa ditahan umatku? Malaikat menjwb mereka menolak sunnahmu. Maka Rasulullah s.a.w. menghalau mereka sbyk 3kali dan sekali nabi halau mereka diheret malaikat sejauh mata memandang. Kalo nabi dh xmengaku umat maka syaitan la pulak akan mengaku mereka tu umatnya...(naduzubillah)

Allah s.w.t. telah tarbiah Rasulullah s.a.w. sehingga beliau dikenali sbg Al-Quran bergerak. Ni bermakna Al-Quran adalah kehendak Allah yg dizahirkan dlm bentuk perkataan (Qalam) dan Rasulullah s.a.w. adalah kehendak Allah yg dizahirkan dlm bentuk manusia (cara hidup/sunnah). Apa saje perbuatan Rasulullah dicintai Allah, apa yg Nabi suka itulah yg Allah suka dan apa yg Nabi benci itulah yg Allah benci.

Satu lg peristiwa ketika Rasulullah s.a.w. hendak naik ke arasy Allah, Allah telah menyuruh Nabi naik dgn kasutnya sekali, berbeza dgn peristiwa Nabi Musa di bukit Tur Sina, yg mana Nabi Musa diperintahkan utk membuka kasut. Ulama telah mentafsirkan bahawa debu2 yg melekat pd tapak kaki Rasulullah s.a.w. lebih mulia dr Arasy Allah sendiri. Korg bygkn la betapa hebat cinta Allah pd kekasih-Nya. Sdgkn Allah begitu mengasihi Rasulullah s.a.w. npe kite x? Nape xnk ikut sunnah Nabi? Nk raikan Maulidur Rasul pon rase malas?...hiiisshhh!! (marah ni)

Jgn ingat pompuan xbleh nk ikut sunnah Nabi sbb Rasulullah seorg lelaki (bongok org yg pikir mcm ni). Biar aku bgtau sket sunnah2 yg pompuan bleh ikut. Makanan kegemaran nabi selain tamar adalah barli dan labu. Nabi suka tolong bini masak. Nabi akan menziarahi musuhnya yg sakit, masak mknn dan suap ke mulut musuh mereka sehingga musuh bleh menjadi kwn. Nabi solat tahajjud smpi bengkak kaki. Nabi byk menangis sbb fikir risau pd umat dan byk lg la sunnah yg pompuan bleh ikut. (usaha cari sendiri)

Kesimpulannya, senang cite xnk ckp byk, sahabat berjaya dgn cemerlangnya dunia dan akhirat sbb ikut sunnah Rasulullah s.a.w. 100%...kalo korg nk berjaya gak buatla perkara yg sama spt para sahabat yg telah berjaya barulah korg (dan aku jgk) boleh berjaya. Terdpt hadis mengatakan bhw Allah akan memberi ganjaran 100 pahala mati syahid bg org yg mengamalkan SATU amalan kekasih-Nya. Wallahualam~

p/s: Seorg yg nk jd hafiz berusaha sungguh2, tp xsempat lalu mati maka dia akan dibangkitkan bersama para hafiz...seorg yg ikut sunnah nabi sungguh2 tp xberjaya amal semuanya sdgkn dia mati dlm istiqamah, maka dia akan dibangkitkan bersama nabi...insyaAllah (xnk ke?)

No comments:

Post a Comment