I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 2, 2011

Bot Kukus

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...

Hari ni masih nak cite lagi kenangan bulan April, maklumlah sibuk sangat bulan lepas tak sempat nak update ape2, cuti hari pekerja ni la yang free, walaupon aku tak keje lagi, hanye sebagai pekerja kiosk je. Entry kali ni nak cite pasal Steamboat. Steamboat adelah sejenis makanan yang dimasak di dalam kuah pelbagai perasa seperti kuah ayam, kuah tomyam dan ape2 je mengikut citarasa korang dan mempunyai pelbagai bebola daging seperti ayam, udang, sotong, ketam, cendawan dan mcm2 lagi la.

Kenangan makan steambot mmg banyak. Paling aku takleh lupe mase makan 2 jenis steambot (satu kuah ayam, satu lagi kuah tomyam)...makan plak tu ramai2 pukul 3 pagi di Dewan Kenyalang bersama2 Group Zafest 2010. Mmg sedap makan time tu, tambahan plak semua dah lapar setelah penat berlatih (diorang je la yang penat, aku tukang bersuara je).

Tetiba steambot ni menjadi perkara yang perlu ade plak setiap kali persembahan mahupun pertandingan kebudayaan. Seterusnya aku telah dilantik menjadi chef plak untuk memasak steambot, first time siyot tak penah buat lg. Kali ni aku masak untuk Group Putihstar yg ditubuhkan sempena persembahan MASP2011. Sorang kena bayar RM10, petang tu beli la semua barang2 yang patut dengan tidak meninggalkan satu sen pon baki.
 
Pada malamnya aku pon stat la masak menggunakan satu periuk multicooker dan satu periuk nasi. Percubaan pertama agak kurang berjaya, kuah sampai melimpah2 dan makanan banyak gak yang tak habis. Makanya terpakse la memanggil orang lain, bukan ahli Putihstar untuk menghabeskan. Itupon tak habes gak, terpakse la aku buat untuk sarapan pagi keesokan harinya.

Seterusnya aku diminta untuk menjadi chef skali lagi untuk Group Festari 2011 plak. Oleh sebab ni kali kedua makanya aku dah bleh bajet bape banyak yang kena beli, makanya aku hanye mintak RM7 seorang. Masak-memasak ni berlaku pada 9 April 2011, 5 hari selepas diumumkan keputusan Rampaian Asli. Walaupon kami takde rezeki menang ape2, yang penting malam tu semua orang enjoy makan (enjoy ke?). Malam tersebut adelah malam terakhir kitorang berkumpul bersama2...teringat lagi bile kami kena maki dgn foreigner sbb menjerit tgh2 malam tengok nenek terbang...haha...mmm, rindu korang semua...

Beberapa minggu lepas tu plak aku dijemput menjadi chef lagi untuk memasak steambot untuk budak blok Rajaudang plak, sempena seorang sahabat nak menjamu bebudak blok makan. Kali ni takde la nak mintak bayaran dari setiap orang sbb sahabat aku ni nak blanje, tp die tak dapat makan plak malam tu sebab tetiba die saket perut. Mmm...seronok bile kite jamu orang makan sebenarnye, gembira bile tengok orang makan dan kenyang...pastu plak diorang ucap terima kasih, lagi la rase seronok.

Tu je la kenangan masak steambot. Kepada sesape yang nak suh aku masak bleh je, tp make sure ramai la nak makan, jangan ko sorang je nak melantak. Tapi diingatkan masakan aku bukan la mcm MAEPS ataupon restoran2 yang hebat, maka jangan la korang nak compare plak. Sesuai la dengan harga yang korang bayar, mcm tu gak la banyaknye dan rasenye. Tapi ade orang penah cakap masakan aku lebih sedap dari MAEPS (perasan bagus). Hubungi aku la yer...

Dari Aisyah r.ha. berkata, "Rasulullah s.a.w. selama hidupnya tidak pernah makan kenyang dengan tepung (roti) jagung dalam dua hari berturut-turut hingga beliau wafat." (H.R. Tirmidzi)
 
Sebuah hadis menyatakan (dipetik dari Kitab Fadhilah Sedekah), bahawa barangsiapa kekurangan makan dan minum di dunia ini, maka Allah s.w.t. akan membanggakannya di hadapan para malaikat dengan berfirman, "Lihatlah! Aku memberinya kekurangan makanan dan minuman, tetapi ia bersabar. Bersaksilah kamu bahawa Aku akan meninggikan derajatnya di syurga, sesuai dengan setiap suapan yang ia kurangi. "
 
Sesungguhnya yang baik tu datangnya dari ALLAH s.w.t. dan yang buruk tu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...

Sunday, May 1, 2011

Dalam Dingin Yang Panas

Berenang-renang di muara
Hati-hati dilambung ombak
Dah berzaman asyik bercinta
Ntah kan jadi entah kan tidak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sebenarnye ade lg kenangan dalam bulan April tp tak sempat nak tulis. Makanya walaupon hari ni dah masuk bulan Mei, aku tetap akan cite gak pasal ape2 kenangan yang dah berlaku bulan lepas. Daripada lirik lagu kat atas mesti korang bleh agak ape aku nak cite utk entry kali ni. Kalo korang pikir aku nak cite pasal bercinta, yang tu tak tepat. Sebenarnye yang aku nak cite adelah pasal berenang, tp bukan kt muara tp kt kolam renang UPM.

Selama 6 tahun aku kat UPM ni, baru first time aku mencecahkan kaki aku ke dalam air kolam renang UPM. Nak dimulakan cite, dah lame dah aku nak mandi kt kolam ni, sejak aku beli seluar tight bulan Januari lg, tapi tak berkesempatan nak pg, ye la takde orang nak teman. Time diorang free aku tak free, time aku free diorang tak free plak, mmm...sape la aku (perasan tacink).

Setelah ajakan ditolak beberapa kali, dan aku menunggu dgn penuh sabar selama 3 bulan, akhirnya pada 5 April 2011 aku dpt jugak mandi seperti yang aku impikan bersama beberapa orang rakan. Walaupon pada malam sebelumnya dan pagi hari tersebut aku demam, tp aku kuatkan semangat utk mencapai impian aku. Ye la bile lagi nak dapat mandi, nak tunggu ade orang free bleh teman aku, tak dapat la...makanya demam-demam pon aku tahan gak.

Bile dah masuk dalam kolam baru tau ade kedalaman yang berbeza, kalo tak penah masuk taktau pon. Dengan selsema, batuk2 dan badan masih suam2 panas aku pon berenang2 anak la kesana kemari. Sesak nafas gak la dengan hidung tesumbat pastu batuk2 plak, tp rase seronok gler walaupon tercungap2 dan tak tau berenang, ye la korang pon bleh bayangkan kalo korang dapat ape yang korang impikan selama ni, mesti korang rase seronok giler kan.

Aku bukan saje2 je suke2 nak blaja berenang. Sebenarnye berenang adelah salah satu sukan yang Rasulullah s.a.w. suruh kita belajar, selain kena blaja memanah dan menunggang kuda. Ape yang Nabi suruh buat itu lah yang patut kite buat. Kenapa Rasulullah s.a.w. menyuruh kite belajar berenang, memanah dan menunggang kuda? 

Ini cuma pendapat dan pandangkan aku sebagai hamba yg hina sahaja, tidak semestinya semua nya adalah benar, diulang skali lagi aku bukan ustaz mahupon imam muda, sila dapatkan fakta yang lebih tepat dari orang yang lebih berilmu, sesungguhnya Allah dan Rasulullah s.a.w lebih mengetahui apa yg kita tidak ketahui.

1) Berenang
Ada pendapat ulama mengatakan di antara tanda2 kiamat kecil ialah bumi ini akan di penuhi air. Ini mungkin disebabkan cairnya ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan serta ais-ais yang berada dipergunungan akibat pemanasan global yang menyebabkan terjadinya banjir besar di dunia ini. Disebabkan hal ini, kita perlulah belajar berenang supaya kita dapat mengharungi lautan besar untuk menyelamatkan diri. Wallahualam..

2) Memanah
Semakin hari minyak di dunia akan semakin berkurangan dan bakal habis. Ketika itu juga mesin2 yang digunakan untuk membuat senjata tidak dapat berfungsi lg sebab ketiadaan bahan api utk menjana kuasa menggerakkan mesin. Makanya senjata seperti pistol, senapang, M16 tidak lg dapat dibuat. Di akhir zaman juga akan terjadi peperangan besar antara Islam dan orang kafir, tetapi apakah senjata yang digunakan kalo pistol dan senapang tak dapat digunakan? Makanya alternatif lain adelah kembali berperang seperti zaman Rasulullah s.a.w. menggunakan pedang, tombak dan panah. Kerana itulah Rasulullah s.a.w. menggalakkan kite untuk belajar memanah. Wallahualam..

3) Menunggang kuda
Seperti yang disebutkan diatas, minyak semakin berkurangan dan bakal habis. Ini bermakna kenderaan juga tidak dapat digunakan kerana kebanyakan kenderaan menggunakan minyak sebagai bahan api. Alternatif lain adelah menunggang haiwan seperti unta, kuda, lembu dan sebagainya. Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menyuruh kita untuk belajar menunggang kuda untuk kemudahan kita di ambang kiamat nanti. Wallahualam~

Kesimpulannya, kite hendaklah belajar menunggang kuda, berenang, memanah dan seni mempertahankan diri sebagai persediaan menghadapi ape2 juga cabaran dan rintangan yang kita tak mungkin terduga pada masa akan datang. Jangan lupa untuk mengajar bakal anak2 kita juga. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...

p/s: lepas berenang terus demam semula, ditambah plak dengan sengal2 di bahagian peha...takde orang nak urut aku...huhu

Friday, April 29, 2011

Class Kau Maria~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dah lame tak mengupdate blog, dah bersawang dah...maklum lah xde idea nak tulis ape. Ni pon tak tau nak tulis ape. Tetiba tefikir mungkin bulan April ni aku hanye tulis kenangan sepanjang bulan ni je kot. Mmm, perkara pertama yg terlintas dalam fikiran aku adelah Festari 2011 (bukan nama sebenar- name sebenar Festival Rampaian Tari Interkolej 2011...kot).

Festari 2011 telah berlangsung pade 26 Mac 2011 dan aku telah dilantik menjadi kareografer pemantau (perasan bagus) utk pertandingan ni. Aku bukan taknak mengajar menari lg dah, cumenye ade la masalah peribadi sket. Tambahan plak aku ni bukannye hebat sangat pon, tak banyak pengalaman. Tp kalo utk persembahan biase2 je bleh la kalo nk panggil aku, nak2 kalo semua lelaki, lagi aku suke...mmm, rasenye korang2 mungkin dh paham kot ape masalah peribadi aku tu...

Cumenya ape yg nak diceritakan kat sni pada awalnya aku mmg berat hati bile disuruh jadi "kareografer pemantau". Ramai jgk la sahabat2 yg aku tanyekan masalah yg aku sedang hadapi, tp diorang pon tak tau nak bantu mcm mane. Bulan pertama latihan festari mmg aku tak tunjuk muke, datang pon kadang2, tu pon lambat. Tp bile difikirkan balik, kesian kt diorg penari2 ni, susah-payah datang utk berlatih setiap malam tp takde org guide. Makanye aku kuatkan semangat utk melakukan tanggungjawab yg diamanahkan.

Setelah aku kembali bertugas..huhu..nampak la diorang semua kembali bersemangat. Penah jgk la diorang ckp, mase takde org guide tu rase malas je tp bile ade orang dtg tengok baru la rase semangat sket (kembang aku kejap). Latihan berjalan seperti biase tanpa sebarang masalah sehingga la hari pertandingan, masalah kecik tu biase la, mesti ade punye. Mase pertandingan, bg aku semuanya ok, walaupon ade kesalahan tp aku tak perasan pon, bile tengok rakaman semula baru perasan, tp secara keseluruhannya memuaskan.

Kenangan paling manis bg aku utk Festari ni ade la time amek baju kt UKM, mmg seronok sangat. Bekenalan dengan orang yg berdarah seni gak (perasan hebat) tp dari tempat lain mmg tak dpt dilupakan. Kami bersembang mcm dah kenal lama. Yg penting aku dpt tawar harga sewa baju sampai dpt paling murah...haha...

Hari yang dinantikan telah tiba. 4 April 2011, malam mengumumkan keputusan semua acara kebudayaan yang dipertandingkan semester ni, tp yg aku lebih fokuskan adelah Festari. Malangnya kami tak dapat ape2 anugerah utk festari, cumenya dapat naib johan utk Nyanyian Asli. Tp aku penah cakap pada semua penari, "Ape yang kita usahakan itulah yang bakal kita dapat, kalo kita berusaha bersungguh2 insya-Allah kita akan dapat sesuatu, Allah itu Maha Adil". Harap mereka2 bleh paham kenapa aku ungkapkan nasihat ni.


Akhir kata, aku nak ucapkan terima kasih pada semua penari2 dan jugak pengurus serta yang terlibat secara tak langsung dalam FESTARI 2011 kerana sudi menyertai pertandingan ni dan banyak bekorban masa dan tenaga utk menaikkan nama kolej. Time kasih gak pade ramai penulis2 blog (kebanyakannye penari) yg mengucapkan terima kasih pada aku (bertambah kembang lg), sesungguhnya mmg banyak kenangan bersama anda semua. Juga saya mewakili Kareografer Utama, Encik Taufik ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam pembelajaran atau terkasar bahasa/carutan kepada anda semua. CLASS KAU MARIA~

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...

Sunday, April 3, 2011

Selamat Hari Jadi...

(kejadian berikut hanyalah rekaan semata-mata, tiada kaitan sama ada yang masih hidup atau yang dah meninggal dunia, atau yang sedang menaiki kereta mayat)

Peristiwa 1: Sebuah pondok kecil, pukul 11.00 malam, alam nyata...

Kelihatan sekumpulan manusia sedang berkumpul untuk membincangkan sesuatu. Mereka seperti membincangkan sebuah program yang begitu hebat kerana masing-masing begitu khusyuk memikirkan aktiviti yang bakal dibuat. Tiba-tiba nyanyian lagu "Happy Birthday To You" memecah kesunyian malam tersebut. Mereka yang tadinya khusyuk membincangkan aktiviti, bertukar menjadi hilai-tawa seronok-sakan berlari-larian apabila beberapa orang di antara mereka cuba untuk membaling tepung dan telur ke arah kawan masing-masing, terutamanya orang yang disambut hari jadinya pada malam itu. Lelaki berkejar-kejaran dengan perempuan, perempuan membaling tepung ke arah lelaki, lelaki pula membalasnya. Sambutan menyambut pertambahan umur dilihat begitu berjaya, kelihatan masing-masing begitu seronok sekali...

Peristiwa 2: Sebuah pondok kecil (tempat sama), pukul 11.00 malam, alam ghaib...

Kelihatan Malaikat Izrail (Malaikat Maut) sedang memerhatikan wajah manusia-manusia yang berada di pondok itu. Ntah kali yang ke berapa malaikat maut ini melawat manusia yang sama pada hari tersebut. Ketika Malaikat Izrail datang merenung wajah-wajah mereka, didapati mereka itu ada yang sedang bergelak-ketawa. Maka berkata la Malaikat Izrail, "Alangkah hairannya aku melihat orang-orang ini, sedangkan aku diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk mencabut nyawanya, tetapi mereka masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa." Mereka 'bernasib baik' pada malam tersebut kerana Allah s.w.t. masih tidak mengizinkan lagi nyawa mereka untuk dicabut. Sambutan menyambut pengurangan usia dilihat semakin ceria, kelihatan masing-masing begitu seronok sekali...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tidak semua manusia berkesempatan untuk melengkapkan satu tahun perjalanan hayat hidupnya untuk tahun-tahun tertentu. Ade yang mungkin mengalami kemalangan, ade yang kena penyakit, ade yang bunuh diri, dan mungkin ade yang kena bunuh. Tetapi ade juga yang diberi kesempatan oleh Allah s.w.t., dipanjangkan umurnya untuk menikmati hidup yang lebih panjang, berkesempatan untuk melengkapkan satu tahun hidupnya pada tahun-tahun tertentu.

Persoalannya skrang, bagaimana caranya korang menyambut hari kelahiran? Adekah dengan membuat parti, ajak kawan ramai2 datang rumah, tiup lilin kek, dan bergelak ketawa? Adekah dengan membaca doa, solat sunat, sujud syukur, membaca Al-Quran, dan banyak menangis?

Ramai yang meraikan hari jadi yang dianggap pertambahan umur, yang menunjukkan diri mereka semakin meningkat dewasa, menjadi lebih matang, senang cite dah boleh kawen dah. Padahal mereka tidak tahu mmg umur mereka semakin bertambah, tetapi usia mereka semakin berkurangan, mereka sebenarnya semakin menghampiri lubang kubur. Jadi adekah kita patut untuk meraikan hari jadi dengan baling-baling tepung sambil gelak-ketawa?

Korang ade pikir tak, adekah amalan korang setahun sebelum korang sambut hari jadi tu dah banyak giler sampai korang mampu untuk bersuka-ria? Kalo korang dah banyak sangat pahala, dah banyak buat amalan baik, aku tak kesah la kot, nak enjoy2 time hari jadi, silakan la...sedangkan Rasulullah s.a.w. yang maksum, terpelihara dari melakukan dosa pun senantiasa menangis, korang nak enjoy (perasan bagus)..

Ingatlah wahai korang semua, usia kita semakin berkurangan, hanya umur sahaja yang bertambah. Ni bermaksud kite sedang menghampiri MATI. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai kematian, takde manusia yang hidup selamanya. Kite sepatutnya menyambut hari jadi dengan memperbanyakkan doa kesyukuran sbb dipanjangkan umur, solat taubat mintak ampun dosa-dosa yang lepas, dan mulakan umur kita yang baru dengan banyak buat amal-amal soleh, bukannye dgn membaling2 tepung atau meraikan dengan kek harijadi.

Perbuatan meraikan hari jadi dengan meniup lilin kek dan membaling2 tepung tidak pernah diajarkan dalam sunnah Rasullullah s.a.w. Perbuatan ni telah sengaja direka oleh orang2 kafir dan kite plak yang kononnya berilmu, ade otak taknak pikir (mcm binatang, mmm...tak, lebih teruk lg) ikut je ape yang diorang buat sedangkan dari Ibn Umar r.a. berkata, Rasullullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesiapa yang menyerupai satu-satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka" (H.R. Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani). Jadinya, adekah korang semua nak menjadi golongan kafir dengan mencontohi perbuatan-perbuatan mereka?

Tahukah kita semua bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati. Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan Malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.' "

Terpulang la pada kite mcm mane untuk menyambut hari jadi, sambut dengan gelak ketawa atau sambut dengan banyak menangis merenung kembali apa yang telah kite lakukan pada hayat tahun-tahun sebelumnya. Sama ada kite sambut dengan membaling telur dan tepung atau sambut dengan doa kesyukuran. Sama ada kite sambut dengan meniup lilin kek atau sambut dengan solat taubat.

Sebenarnye peristiwa di atas hanya contoh sahaja, banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh dijadikan contoh. Bile kite pikir nak buat dosa dan maksiat, kite kena tau Allah s.w.t. sedang perhatikan kite, malaikat maut juga berada berhampiran. Bile kite rase nak buat pahala dan amal makruf, kite tau yang Allah s.w.t. sedang perhatikan segala perbuatan kite, dan malaikat maut juga sedang melawat kite. Setiap perbuatan dilihat dan dinilai oleh Allah s.w.t. walaupon sebesar zarah.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

p/s: Sahabatku, dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun Tarikh Kelahiran yang ke-21, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...sambutlah hari ini dengan penuh kesyukuran, elakkan dari banyak bergelak-ketawa, sesungguhnya malaikat maut sentiasa memerhatikan kite...blanje makan takpe kot, sbb tu salah satu amalan yang baik...hehe

Thursday, March 31, 2011

Pentingkan Diri...Ade Kelebihannya

(hari terakhir dalam bulan Mac...adekah amalan lebih baik dari bulan Feb?...mmm)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Mementingkan diri sendiri...ape pendapat korang? Bukan semua sifat pentingkan diri adelah negatif. Kadang-kadang sifat 'menjual ikan' (selfish) ni ade jugak positifnya. Seperti biasa, ape yang aku cuba sampaikan adelah berdasarkan pendapat aku saje yang bukan alim ulama mahupun seorang ustaz, maka terpulang untuk korang semua untuk berfikir dulu dan terima mane yang patut.


Ade jugak pentingkan diri yang bersifat positif? Mesti korang tengah bingung kan pikirkan ape benda yang pentingkan diri ni positif, selalunya yang korang nampak kebanyakannya bersifat negatif. Baiklah aku cuba bagi beberapa contoh yg sesuai. Ape yang berlaku kat sekeliling aku, itu la yang selalunya aku jadikan contoh, sebab korang mungkin lebih mudah paham ape yang aku cube sampaikan.

1. Pentingkan diri dalam membuat kerja
Terkadang tu aku tengok kesian kat manusia ni, terlalu baik hati sesangat nak tolong orang. Tak salah untuk kita baik hati tolong orang tapi korang tu jangan la bongok sangat untuk sentiasa menolong orang. Contoh situasi: ade satu keje yang kawan korang sepatutnya yang handle/buat tp kawan korang ni mintak tolong korang untuk buatkan keje die.

Korang yang perasan baik hati ni pon tolong la kawan korang tu, padahal kawan korang tu sedap2 enjoy2 je kat bilik main tenet/fesbuk, petang2 maen bola tampar, malam2 g jalan2, ade mase diorang sempat untuk study...sedangkan korang yang bengap ni plak bersusah payah la buat keje untuk die sampai takde mase nak enjoy atau study...

Tolong la...kita kadang2 perlu jugak pentingkan diri sendiri. Kita perlu masa untuk berehat, kita perlu mase untuk study, kita perlu mase untuk menikmati dunia ni. Kerja yang sepatutnya kawan korang buat tu biar la die yang buat, keje tu telah dipertanggungjawab kepada die, biar la die yang buat. 

Lain la kalo keje tu buat sama2, sekurang2nya tak la terlalu beban utk kita buat sorang. Ni tak, keje orang lain tp kita plak yang buat sorang2 (perasan bagus), pastu kawan kite tu enjoy je, kite plak yang semput lebih. Nasihat kepada korang ni, tolong la bersikap pentingkan diri sket, badan anda perlu jugak berehat, kite perlu mase untuk buat keje sendiri, kite jugak perlu pikirkan matlamat utama kite kt universiti, iaitu STUDY dan berjaya dalam pelajaran...

Jangan la terlalu pikir nak buat keje orang lain je sedangkan benda ni majikan tak tengok pon, diorang nak tengok pointer korang yang gempak...bukan keje remeh-temeh yg korang nak tolong buatkan tu...please la weh~

2. Pentingkan diri dalam pelajaran
Perkara ni slalu jugak la aku tengok kt sekitar aku. Kebanyakan orang yang perasan baik hati ni selalunya akan tolong kawan2 diorang buat macam2 dalam pelajaran. Contohnya lab report atau assignment. Maksud aku bukan tolong buatkan keje2 diorang, tapi bagi diorang untuk tiru atau bg softcopy. 

Memang la kite ni kawan2, saling tolong-menolong, bantu-membantu, tiru-meniru. Tapi sampai bile kite nak buat kawan2 kite jadi pemalas, hanya tunggu orang lain siapkan keje pastu diorang hanya tunggu copy je dari korang nanti. Ke korang beranggapan kalo korang bg tiru, nanti korang bleh tiru die plak? Bongok je orang yang pikir macam ni. Bile mase plak korang nak tiru die sedangkan banyak assignment yang die je tiru korang?

Ade kala nya kite kena pentingkan diri gak. Kite kena pikir kadang2 tu kite berusaha bersengkang mata bersusah-payah cari maklumat dalam internet untuk siapkan assignment atau lab report, tapi kawan2 korang yang pemalas ni sedap2 je mintak kat korang untuk copy. Korang yang perasan baik hati pon bagi la softcopy. Kalo buat keje sama2 takpe lagi. Padahal kawan korang tu goyang kaki je, seronok maen game, sembang2 dgn kawan2... tunggu korang siapkan keje pastu tiru je dari korang. Korang tak rase marah ke?

Please la weh...sampai bile korang nak jadikan kawan korang tu pemalas, at least nasihatkan la supaya diorang insaf. Terkadang tu korang bg kawan korang tiru, pastu die dapat markah lagi tinggi, sebab die tambah lagi maklumat lain selain maklumat yang diorang copy dari korang. Padan muke korang, sape suh bg tiru...aku hanye mampu gelak je kat orang yang perasan baik hati ni.

3. Pentingkan diri dalam tolong orang
Perkara ni terjadi kat 'adik' aku kt kolej ni. Mentang2 la die junior korang yang senior2 ni nak buli die plak heh. Ade satu hari tu aku nampak die kena angkat barang oleh sorang makhluk ni. Aku tak paham ape fungsi die suruh 'adik' aku ni angkat barang die, pastu aku tengok die jalan belenggang je, padahal takde pape barang pon yang die tengah bawak. Tolong la, jangan menggunakan kuasa korang sebagai orang yang lebih senior untuk membuli orang yang junior ni. 

Mmg la diorang tak cakap pape, sebab diorang terpakse buat keje korang, kalo tak nanti kena marah dalam meeting blok. Aku tgk 'adik' aku ni slalu je kena follow orang ni, kena angkat barang orang tu la, kena ikut kemana2 la, ingat 'adik' aku ni hamba ko ke hape? Aku hanya berpesan kat die "Jangan jadi hamba pada orang lain...pentingkan diri sket, die bukannya tak mampu untuk angkat barang tu sendiri". Aku tak tau la lepas2 ni die masih 'tolong' orang tu ke tak.

Please la weh...kalo korang tengok kawan korang tu mampu untuk buat keje sendiri, angkat barang sendiri atau ape2 je sendiri, suruh kawan2 korang ni buat keje sendiri, melainkan kalo diorang betul2 tak mampu nak buat. Korang nasihat la secara baik takut2 diorang sentap plak. Jadi la manusia yang rajin, tidak mengharapkan bantuan orang lain melainkan terpaksa.

Situasi2 ni hanya contoh saje. Ade kalanya kite kena pentingkan diri jugak, mengikut keadaan. Kalo rase diorang sangat2 memerlukan pertolongan, kite kena tolong. Kalo rase kawan2 kite ni masih mampu untuk buat keje, tapi diorang je yang tegedik lebih, nak bemanja2 dengan korang nak mintak tolong dengan korang, baik tak payah tolong. Walaupon korang bleh cakap korang tolong dengan ikhlas tak mengharapkan balasan (perasan beriman) tapi sebenarnya korang telah mencipta satu sifat malas dalam diri kawan2 korang tu. Jangan biarkan diorang jadi pemalas. 

Aku tengok orang Melayu la terutamanya, mmg PEMALAS. Aku bangga menjadi orang Melayu, tapi aku malu dengan perangai bangsa aku. Hanya dengan sikap pentingkan diri la bagi pendapat aku, aku rase mampu untuk membangkitkan semangat kerajinan orang2 Melayu ni untuk berusaha lebih. Berusaha untuk menyiapkan assignment sendiri tanpa meniru orang lain, berusaha untuk menyiapkan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada diri sendiri, berusaha untuk mengangkat barang sendiri jika mampu tanpa bantuan orang lain dan berusaha untuk menjadi lebih rajin berusaha. Nescaya orang Melayu akan menjadi lebih maju dengan hanya memberi pertolongan yang sepatutnya sahaja.

Kesimpulannya, pentingkan la diri kita untuk faedah bersama. Faedah kepada orang lain adelah kite menjadikan mereka lebih rajin berusaha dan menghindarkan mereka daripada membuang masa dengan aktiviti tak sepatutnya dan Faedah kepada diri sendiri adelah kite lebih banyak dapat meluangkan masa untuk diri sendiri dan korang tak perlu menjadi 'hamba' kepada orang lain.

Mungkin ape yang aku sampaikan bercanggah dengan pendapat korang. Sebarang pendapat boleh la komen di bawah, kita sama2 boleh bincang dan tidak bertelagah, kerana bertelagah sesama kita boleh menggelapkan hati. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~...

p/s: pentingkan diri pon berpada2 gak...jangan sampai hilang kawan...huhu

Tuesday, March 29, 2011

The Road Not Taken

(aku tak tau nak buat tajuk entry ape kali ni...mungkin tajuk dan isinya takde kaitan kot...korang bace je la)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Alhamdulillah, bersyukur kite kepada Allah s.w.t. sbb telah dipanjangkan umur dan korang masih dpt baca blog aku ni, insyaAllah semoga korang dapat ilmu yg bermanfaat dr blog ni (perasan beriman gile aku...haha). Entry kali ni bukan nak cite pasal Literature mase kite blaja English mase sekolah menengah dulu, tapi nak cite ape yg berlaku dalam kehidupan kite seharian. Tp literature ni sebenarnye mmg pasal kehidupan seharian pun...


Seperti yang kite semua ketahui, segala apa yang berlaku dalam hidup kita telah ditentukan oleh Qada' dan Qadar dari Allah s.w.t. dan wajib bg kite sebagai orang Islam untuk beriman dan percaya pada Rukun Iman yang keenam ni (korang masih ingat lg tak Rukun Iman ikut turutan?). Walaupun segalanya telah ditakdirkan sedemikian rupa, kita masih mempunyai pilihan dalam hidup untuk menentukan kejayaan atau kegagalan hidup kita kat dunia ni dan sesungguhnya pilihan kita juga telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t.


Seperti yang aku tulis dalam entry2 sebelum ni, ni mungkin hanya pendapat aku sahaja, bukan pendapat seorang ustaz. Dalam hidup kita ni mesti ade PILIHAN, tipu la kalo sesuatu benda yang kita nak buat tu takde pilihan, melainkan terpaksa untuk buat...tu pun kita ada pilihan jugak untuk buat atau tidak. Selalunya kita akan berfikir dulu mane satu pilihan yang bagus dan mane satu pilihan yang tak/kurang bagus, melainkan orang yang tak mahu berfikir.


Korang paham tak? Baiklah aku bagi contoh. Contohnya, dalam pelajaran korang hanya mempunyai 2 PILIHAN:
1. Pilihan Pertama adelah korang study bersungguh2, study awal2 bukan last minit dan fokus dalam kuliah, insyaAllah korang akan dapat jawab dalam exam, dapat kejayaan dalam pelajaran, dapat pointer tinggi, dan mungkin dapat Anugerah Dekan. 
2. Pilihan Kedua adelah korang malas study, study last minit, maen game banyak2, update blog je selalu, tido dalam kuliah, ponteng kelas, senang cite korang tak study la...insyaAllah korang tak akan dapat jawab dalam exam, dapat pointer rendah dan jangan mimpi la korang nak dapat ape2 anugerah.


Daripada contoh diatas, sebenarnya kite sendiri tau ape kesudahan daripada pilihan kita sendiri. Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Mengetahui apa yang bakal kita pilih tetapi terpulang pada kita untuk berfikir adekah pilihan kita ni tepat atau tak (ala2 skrip Oracle dalam cite The Matrix Reloaded plak). Jangan la kita yang dah dikurniakan akal oleh Allah s.w.t. tetapi tak mahu berfikir.


Banyak lg la contoh lain dalam kehidupan seharian yang sebenarnya kita ada pilihan dan terpulang pada kita untuk memilih yang terbaik (jgn sesapa terasa heh). Contohnya kita boleh PILIH tengok movie/main game sampai larut malam ATAU kita boleh tido awal supaya kita boleh bangun awal solat subuh, kita boleh PILIH untuk baca blog/layari internet/baring2 dulu ATAU kita pg trus ke surau/masjid utk solat berjemaah tatkala azan sedang berkumandang, kita boleh PILIH untuk mendengar hiburan yang melalaikan ATAU mendengar ceramah agama/kelas tajwid di surau/masjid, kita boleh PILIH untuk buat amal makruf ATAU kita boleh pilih untuk buat maksiat, kita boleh PILIH untuk kumpul banyak pahala ATAU kita boleh kumpul banyak dosa, kita boleh PILIH untuk ikut akal ATAU kite boleh pilih untuk ikut nafsu, kita boleh PILIH untuk berjaya di dunia ATAU kita boleh pilih gagal di dunia, kita boleh PILIH untuk masuk ke dalam SYURGA ATAU kita boleh pilih untuk masuk ke dalam NERAKA...TERPULANG pada diri kita untuk memilih




"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya penglihatan, pendengaran serta hati semua anggota-anggota itu tetap akan diminta tanggungjawabnya." 
(al-Israa': 36)


Pada pendapat aku, pilihan yang kita buat telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi dan sekiranya pilihan yang kita dapat adelah yang terbaek (dapat pahala) kita patut bersyukur sangat2 kepada Allah s.w.t. kerana Allah telah memilih kita untuk melakukan perkara yang makruf. Tetapi sekiranya pilihan yang kita buat adelah mungkar/maksiat atau kita tak dapat melakukan perkara2 yg baik, kita sepatutnya berasa sedih kerana Allah s.w.t. tak memilih kita untuk melakukan amal makruf.


Jangan menganggap Allah s.w.t. tu kejam kerana tak memilih kita untuk membuat kebaikan. Pada pendapat aku (pendapat lg) Allah sedang menguji tahap keimanan kita, dan sekiranya iman kita kuat nescaya kita akan memilih untuk melakukan kebaikan dan sekiranya iman kita tak cukup kuat sehingga nafsu lebih menguasai diri, nescaya maksiat la yang bakal kita pilih. Kite sepatutnya berasa cemburu dengan orang2 yang membuat kebaikan dan seharusnya kite mencontohi mereka.


Lihat sahaja brape ramai rakyat Malaysia yang telah 'tewas' dengan hawa nafsu menonton konsert2 yang melalaikan yang penuh dengan kemaksiatan, termasuklah sebahagian warga kolej aku ni, sedangkan jika mereka kuatkan iman dalam diri masing2, mereka boleh pilih untuk tidak pergi ke konsert tersebut dan lebih baik duduk di masjid mendengar kuliah agama, berzikir, membaca Al-Quran atau duduk dalam bilik siapkan assignment, buat lab report, baca nota2 kuliah yg aku rase lagi bagus dan bermanfaat disamping menambahkan pahala. Subhanallah~


Brape ramai manusia yang bergembira mendengar 'SERULING SYAITAN'
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Aku tidak melarang kamu menangis, namun yang aku larang ada dua jenis suara yang buruk lagi dilarang: Suara nyanyian ketika bersenang-senang, bermain-main dengan seruling syaitan (muzik) dan suara ketika terjadi musibah: (ketika ada kematian) menampar-nampar pipi, merobek-robek pakaian dan laungan syaitan." (H.R. Hakim, al-Baihaqi, Abu Daud, al-Ajuri, al-Baghawi, dan ath-Thayalisi)

Kadang2 tu aku rase mereka2 ni banyak terpengaruh dengan rakan2 kt sekeliling. Bila godaan syaitan dan nafsu sedang menguasai diri, ditambah pula dengan iman yang tidak cukup kuat serta ajakan rakan2 yang banyak mempengaruhi hati yang lemah, nescaya jatuhlah akal dan hati yang tak mampu untuk berfikir. Nasihat aku PILIH la kawan2 yang baik yang dapat membimbing kita ke arah kebaikan dan berfikir la dengan sewajarnya apabila mendengar nasihat daripada kawan2 tersebut.


Kita sepatutnya berasa risau dan takut adekah kita bakal di PILIH untuk masuk kedalam syurga atau neraka kt akhirat nanti oleh Allah s.w.t. berdasarkan PILIHAN yang telah kita lakukan kt dunia ni. Sesungguhnya nisbah orang yang masuk syurga adelah Seorang berbanding 999 orang yang bakal masuk ke dalam neraka. Adekah kite tergolong dalam seorang atau 999? Adekah dengan pilihan kita kt dunia kita bakal dipilih masuk syurga? Wallahualam~


Aku tutup entry kali ni dengan pertanyaan tersebut. Kita hidup kt dunia ni ade PILIHAN, buat la pilihan yang terbaik, kumpul la sebanyak pahala yang mungkin, dan jangan la memilih untuk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Lu pikir la sendiri...


Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~


"Dan sesungguhnya Kami (Allah) akan isikan Neraka Jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami akan ayat-ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar (ayat-ayat dan nasihat Allah). Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (al-A'raf: 179)

p/s: sesape yang tak mampu untuk menerima nasihat sesungguhnya hatinya telah keras dan telah menjadi hitam...

Thursday, March 24, 2011

Jgn Guna Agama Kerana Cinta

(hoho...aku kembali teringat ape yg aku nk tulis pd entry yg telupa sebelum ni...maka dgn lajunya aku menaip supaya tak lupe lg)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Seperti biasa, entry pada bulan ni adalah luahan perasaan hati aku je. Bukan kata2 ustaz, alim ulama atau imam muda yang korang bleh terus pahat dalam hati sanubari korang. Makanya kalo korang pikir benda ni korang bleh terima, korang ingat dan sampai2kan. Kalo rasa benda ni ntah hape2, sekadar nk menyakitkan hati bg yang terasa, korang bleh tolak bid'ah yang aku cube sampaikan (mcm serius je...huhu).

Berdasarkan tajuk entry kali ni, aku nak gebang sket la pasal masyarakat skrang ni yg banyak mempergunakan agama utk tujuan peribadi. Contohnya gunakan agama utk menarik orang undi parti politik, gunakan agama utk menghalalkan sesuatu yg sah2 haram dan yang paling byk aku perhatikan adelah menggunakan agama utk kepentingan cinta yang kononnya korang perasan suci sangat tu...

1. Gunakan agama dlm lagu nasyid/drama keagamaan yang berunsurkan cinta
Mmg satu fenomena zaman skrang ni, kononnye cube menyampaikan elemen dakwah melalui lagu atau drama tetapi telah mencampuradukkan dengan cinta sesama manusia yang keterlaluan. Aku bukan bermaksud melarang manusia utk bercinta, mmg fitrah manusia utk menyukai antara lelaki dengan perempuan.

Tapi kalo producer nk buat lagu atau drama cinta sesama manusia tp bukan kerana Allah s.w.t., tetiba plak tu nak selitkan elemen yg kononnya agama utk tarik perhatian orang utk dengar lagu dan tengok cite korang, lebih baik tak payah, buat dosa je...dosa sbb buat lagu ntah hape2 dan dosa orang mendengar sampai lalai...

Kumpulan nasyid ni mmg best
Lagu2 dr kumpulan2 nasyid skrang ni yg tak bleh disebutkan nama kumpulannya disini, tp rasenye korang tau kot, kebanyakannye berunsurkan cinta sesama manusia, malah ade yg agak keterlaluan. Contoh lirik, "Bersabarlah sayang, saat indah kan menjelma jua" (aku yg pikir lain kot). Hapekejadah semuanye ni?

Kan bagus kalo lebih byk lagu2 yg berunsurkan cinta dan kasih kepada Allah dan Rasul-Nya...ni tak, lebih banyak lagu jiwang2 cintan2. Lebih baik takyah berselindung dengan menggunakan nama kumpulan nasyid, terus tubuhkan kumpulan rock cintan tangkap nangis je lg bagus...

Lagi satu drama keagamaan tp berunsurkan cinta. Yg ni mesti sahabat baik aku akan terasa sebab die minat tgk cite ni, makanya aku nak mintak maaf awal2 heh kt sahabat baik aku ni, aku bkn bermaksud nk mengata ko tp nak sampaikan kt orang lain gak.

Contohnya sebelum ni cite Ahmad Lurah...dan skang yg tgh hot kt tv adelah cite Ustaz Kamarul (bkn nama sebenar). Cite mmg dah bagus dah mengisahkan seorang ustaz yg alim tp tetiba berlaku perebutan antara beberapa orang pompuan nk dptkan ustaz ni. Hapekejadah semuanye ni? Lebih baik producer drama buat je cite cinta, tak payah nak gunakan nama ustaz2 ni...kan sama je...mencemarkan nama baik orang2 alim je...


2. Gunakan agama utk menjalinkan perhubungan
Ni yg aku lg tak paham. Ade la seorang kawan aku ni kononnya konfius nak pilih antara dua orang pompuan (ingat hebat sgt ke kau). Makanya die pon telah buat solat istiharah utk mintak petunjuk. Dengan izin Allah s.w.t. die telah mendapat petunjuk utk memilih sorang pompuan ni. Mula2 dah bagus dah buat solat sunat. Skali bile dah jd couple (ni dh salah dh, jd couple plak), bawak plak pompuan ni ke sana ke mari naik moto, makan berdua2an, jalan2 bersama2. Hapekejadah semuanye ni?

Mmg la aku rase korang tak pegang2 (pikir baik), tp masalahnya korang keluar tanpa ade muhrim, lain la kalo korang dah kawen. Mase mula2 guna pendekatan agama utk dpt petunjuk sape pompuan yg die nk pilih tp bile dah dpt, trus lupe pasal agama, lupe adat2 dalam pergaulan...wweekk, nak muntah aku orang2 mcm ni.

3. Gunakan agama utk memuaskan nafsu songsang
Ni lg la aku rase paling loya. Ade la sorang kawan aku ni (byknye kawan aku) yg kononnye perasan beriman, bab2 solat atau puase takde plak nak ikut hadis tp benda2 yg die suka pasal perhubungan nak ikut plak hadis (nmpk sgt ikut nafsu). Masalahnye perhubungan yg elok takpe lg, ni perhubungan songsang.

Dipercayai kaum Nabi Luth
Kawan aku ni (laki) slalu la keluar jalan2, makan sama2, tgk wayang sama2 dengan sorang bdk laki ni. Pastu satu hari ni aku terbace la blog die, dan aku tau ape yg die maksudkan adelah laki yg slalu die kuar jalan2 ni. Die tulis lebih kurang mcm ni "Lelaki yang mencintai lelaki lain kerana Allah s.w.t. akan dilindungi oleh Allah akhirat nanti". Pastu ade la ayat2 die yang memualkan aku, dan aku taknak tulis byk sbb takut korang termuntah atas keyboard laptop korang plak.

Ade ke patut die ni bleh pikir sampai mcm tu skali. Hapekejadah semuanya ni? Tau la ko tu sedang mengalami krisis identiti tak tau jantina mana ko skrang, pastu ko suke plak kt sorang laki ni, yg teruknya ko bleh pergunakan hadis utk membetulkan apa yg ko tgh buat...(wwweekkk...muntah hijau aku).

Tolong la paham sket ayat hadis tersebut, ape yang dimaksudkan dengan hadis tu adelah mengasihi sesama saudara, yg lg bagus mengasihi saudara yg kita tak penah kenal langsung dan kita rasa sayang kt orang tu. Bukannya bercinta ikut nafsu kau yg tgh mengalami kemerengan cinta sesama sejenis, dalam erti kata lain gay (maaf la kalo buat korang termuntah hijau jgk).

4. Gunakan agama utk kepentingan parti politik
Ni aku tak tau nak cakap ape. Baru2 ni universiti aku baru lepas pilihanraya kampus yg menyaksikan byk insiden2 yg memalukan. Ade la satu parti ni yg berasaskan Islam tetapi sebahagian ahlinya plak tak mengamalkan ape yg sepatutnya Islam perjuangkan. Aku tak nampak ape yg korang perjuangkan sebenarnya.

Ade satu video yg aku tgk, TNC universiti aku ni telah berjumpa dengan beberapa org wakil dari parti tersebut. Pd pendapat aku, ape yg TNC buat tu nak bagus dah, cube berbincang dengan korang dr parti berkenaan utk menyelesaikan perkara2 yg cuba dibangkitkan. Mmg Rasulullah s.a.w. gemar bermesyuarat utk mendapatkan pendapat semua pihak dan mendapat kata putus yg tak menyakitkan hati mana2 pihak.

Mmg secara dasarnya parti ni telah ditindas sbb kononnya tidak sehaluan dengan aspirasi universiti tp tak perlu la korang yg kononnya beriman sbb masuk parti yg berasaskan Islam nak buat perkara yg aku nk sebutkan ni. Ape yg korang buat cukup memalukan.

Aku tgk TNC tu sabar dan tenang je menjawab segala pertanyaan korang tp korang plak bercakap kasar dengan nada tinggi terhadap orang yg lebih tua (kuang ajar syial). Hapekejadah semuanya ni? Ni ke landasan parti korang? Kalo nk kuang aja tak payah la nak gunakan nama Islam utk parti korang tu, mencemarkan nama baik agama je kalo korang berperangai mcm Firaun. Nmpk sgt korang ni semua hanya cinta pada jawatan dan nk jd terkenal je...

Dah la...panjang sgt dh ni. Ntah2 korang bukan baca pon. Semoga menjadi iktibar dan pedoman korang semua. Yang baik jdkan teladan dan yg buruk jdkan sepadan. Segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan saya sendiri. Wallahualam~

p/s: Firman Allah s.w.t., "...Katakanlah: 'Apakah dengan Allah s.w.t., ayat-ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman..." (At-Taubah, 65-66)